Informasi@Praklinikal
Program Gotong-Royong Bersama Komuniti Orang Asli Bukit Bandaraya Shah Alam
Pada 28/12/2024, warga Perpustakaan Praklinikal dengan kerjasama Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan UKM telah mengadakan program khidmat masyarakat di Dewan Komuniti Orang Asli Bukit Bandaraya, Shah Alam. Program ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Haji Azli bin Yusof serta Ketua Pustakawan UKM, Cik Rohaya Umar.
Lawatan penanda aras daripada delegasi arabian gulf univerisity
Pada 18/12/2024, Perpustakaan Praklinikal telah menerima lawatan penanda aras daripada Delegasi Fakulti Perubatan Arabian Gulf University, Bahrian. Lawatan ini telah dihadari oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof Dr Abdul Halim Daifallah serta Prof Dr Abdel Aziz. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat kemudahan yang terdapat di Perpustakaan Praklinikal serta bahan ilmiah yang berkaitan dengan perubatan.
lawatan audit dan penilaian program doktor falsafah (kesihatan masyarakat), fakulti perubatan, uKM
Pada 2/12/2024, Perpustakaan Praklinikal telah menerima lawatan audit daripada Program Doktor Falsafah (Kesihatan Masyarakat), Fakulti Perubatan, UKM. Lawatan ini bertujuan untuk melihat bahan ilmiah yang berfokus kepada Kesihatan Masyarakat serta pelbagai kemudahan lain untuk kegunaan pelajar Pascasiswazah khususnya dalam bidang Kesihatan Masyarakat .
Audit Penilaian Kendiri SPKPPP Perpustakaan UKM
Pada 28/11/2024, Perpustakaan Praklinikal telah diaudit dalam Audit Penilaian Kendiri SPKPPP Perpustakaan UKM. Juruaudit adalah terdiri daripada Pustakawan dan Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Tujuan audit ini dijalankan untuk memastikan setiap proses kerja mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan, mengesan sebarang ketidaksesuaian serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi dalam perpustakaan.
Pertandingan Inovasi peringkat perpustakaan UKM
Pada 13/11/2024, Perpustakaan Praklinikal telah menyertai pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Perpustakaan UKM. Inovasi projek yang dihasilkan oleh Perpustakaan Praklinikal adalah Sistem Siar raya. Sistem ini berfungsi sebagai medium penyampaian pemakluman kepada pelanggan dengan lebih efisien. Pertandingan ini telah berlangsung di Perpustakaan Tun Seri Lanang.
Lawatan Penandaarasan Jawatankuasa Tetap Kumpulan Perpustakaan Perubatan Malaysia (MLG) Dan Taiwan Medical Library Associatation (TMLA)
Pada 11/10/2024, Perpustakaan Praklinikal telah menerima lawatan rasmi Delegasi daripada Taiwan Medical Library Associatation (TMLA) dan Perpustakaan Perubatan Malaysia (MLG). Ini adalah suatu penghormatan dan penghargaan tertinggi kepada pihak Perpustakaan Praklinikal.
Hubungi Kami
Perpustakaan Pra-Klinikal
Aras 3, Bangunan Praklinikal,
Kampus Kuala Lumpur, Hospital Canselor Tuanku Muhriz,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-9145 8740 (Khidmat Pelanggan) / 8691 (Pejabat)
E-mel: ppraklinikal@gmail.com