Waktu operasi perpustakaan 
Isnin – Jumaat: 8.30 Pagi – 6.00 Petang | Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

Sumber Maklumat

Hebahan@PDAL

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff UKM (PDAL) telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk memberi perkhidmatan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (1991) dan Fakulti Pergigian (1996). Perpustakaan ini dikenali dengan nama Perpustakaan Perubatan sejak ia mula ditubuhkan dan mulai 25 November 2005, perpustakaan ini secara rasminya telah bertukar nama kepada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membina koleksi bahan-bahan serta memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang Perubatan, Sains Kesihatan dan Pergigian bersesuaian dengan tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UKM Kampus Kuala Lumpur. Bangunan 3 tingkat PDAL dengan keluasan 3716 meter persegi menyediakan kira-kira 400 tempat membaca.

Perkhidmatan Terkini Perpustakaan

Sumber Maklumat

Katalog Awam atas Talian atau Gemilang mengandungi kira-kira 600 Ribu juta judul bahan Perpustakaan dalam pelbagai format. Pelanggan boleh memperbaharui tempoh pinjaman bahan, menempah serta menyemak akaun Perpustakaan.

Sebelum ini dikenali sebagai Portal e-Jurnal. Pelanggan boleh mengakses pangkalan data e-jurnal,e-buku,e-prosiding,e-tesis dan sebagainya dari dalam dan luar kampus. Mengandungi pangkalan data Web of Science, Journal Citation Report, Scopus, EBSCOHost, Proquest,Karger dan banyak lagi.

Solusi pencarian bahan secara menyeluruh yang mengintegrasikan sumber perpustakaan dalam satu carian untuk memudahkan proses penyelidikan.

Mengandungi artikel dari jurnal terbitan UKM

Terdiri dari bahan perpustakaan dalam format digital seperti tesis

Bahan penerbitan yang dihasilkan oleh akademik UKM

LibGuides PDAL

Fakulti Sains Kesihatan

Koleksi

Koleksi Am

Koleksi akses terbuka ini terdiri daripada buku-buku teks dalam bidang Perubatan, Sains Kesihatan dan Pergigian di samping buku-buku dalam bidang perkara umum seperti agama, teknologi maklumat dan sebagainya. Bahan-bahan dalam koleksi ini boleh dipinjam oleh ahli Perpustakaan berdasarkan kelayakan kategori masing-masing.

Koleksi Rujukan

Koleksi ini mempunyai awalan ‘Ruj’ pada nombor panggilan buku dan ditempatkan di aras 3, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Ia mengandungi bahan-bahan rujukan seperti kamus, istilah, ensiklopedia, buku tahunan, almanak, sumber data, buku peta, dan sebagainya. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.

Koleksi Tanda Merah

Koleksi ini ditempatkan di bahagian kaunter pinjaman, aras 2, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Koleksi ini mengandungi bahan-bahan yang disyorkan oleh pensyarah untuk menjadi bacaan dan rujukan utama pelajar. Bahan-bahan dari koleksi ini boleh dipinjam selama dua (2) jam sahaja atau bermalam. Kakitangan akademik pula dibenarkan meminjam bahan tersebut selama seminggu. 

Koleksi Ilmiah & Tesis

Koleksi ini mempunyai awalan ‘Tesis’ bagi bahan Tesis dan ‘Ilmiah’ bagi bahan Latihan Ilmiah pada nombor panggilan buku dan ditempatkan di aras 2, di belakang kaunter Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja.

Koleksi Bacaan Ringan

Koleksi ini ditempatkan di aras 2 Perpustakaan Dr. Abdul Latiff di mana ianya mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca di ruang bacaan sudut ini sahaja dan dibenarkan untuk dipinjam seperti buku-buku di Koleksi Am.

Koleksi Jurnal

Koleksi ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu jurnal kebelakangan dan jurnal kini. Jurnal kebelakangan dan jurnal kini di tempatkan di aras 1 Perpustakaan. Koleksi jurnal popular pula diletakkan di ruang Koleksi Bacaan Ringan di aras 2 Perpustakaan. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.

Koleksi Arkib & Khas

Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan dokumen yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya, kerajaan tempatan, badan berkanun dan bahan terbitan luar negara. Koleksi ini juga menempatkan bahan-bahan mengenai sejarah dan perkembangan UKM termasuk karya-karya ahli akademik dan pelajar seperti seminar, laporan tahunan dan risalah. Koleksi Khas, Arkib dan Dokumen TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.

Koleksi e-Buku

Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan e-Buku yang telah dilanggan oleh pihak Perpustakaan.

Perkhidmatan

Pelanggan juga boleh memperbaharui pinjaman mereka melalui Internet dengan menggunakanGEMILANG dengan syarat bahan berkenaan belum lewat, bahan tidak ditempah oleh pelanggan lain dan tidak mempunyai denda yang belum berbayar. Pembaharuan hanya boleh dilakukan 3 kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh pulang buku yang berkaitan.

PELAJAR DAN KAKITANGAN UKM

Bil

Kategori

Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa

Koleksi Am

Koleksi Tanda Merah (TM)

1.

Pelajar Prasiswazah

7 buah/ 14 hari

1 buah/ 3 hari

2.

Pelajar Pascasiswazah

20 buah/ 40 hari

1 buah/ 7 hari

3.

Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak)

25 buah/ 60 hari

1 buah/ 14 hari

4.

Ahli Akademik/ Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat)

10 buah/ 30 hari

1 buah/ 14 hari

5.

Pegawai Universiti

25 buah/ 60 hari

1 buah/ 14 hari

6.

Kakitangan Sokongan

5 buah/ 14 hari

1 buah/ 14 hari

7.

Keahlian Kehormat – sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskhah buku

25 buah/ 60 hari

1 buah/ 14 hari

8.

Permata Pintar

3 buah/ 14 hari

1 buah/ 3 hari

9.

Asasi Pintar

5 buah/14 hari

1 buah/ 3 hari

AHLI LUAR PERPUSTAKAAN UKM

Bil

Kategori

Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa

Koleksi Am

Koleksi Tanda Merah (TM)

1.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

2.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Swasta

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

3.

Pelajar Luar Negara

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

4.

Kakitangan Kerajaan

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

5.

Ahli Korporat Institusi (10 orang)

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

6.

Orang Perseorangan

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

7.

Pesara UKM

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

8.

ALUMNI UKM

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

9.

Ahli Keluarga Kakitangan UKM

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

 

DENDA LEWAT MEMULANGKAN BUKU

Kadar denda bagi sebuah buku adalah seperti berikut:

  • Koleksi Am 30 sebuah buku sehari
  • Koleksi Tanda Merah 00 sebuah buku sehari

Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti (perpustakaan ditutup)

DENDA MENGHILANGKAN BUKU

Denda akan dikenakan seperti berikut:

  • Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses RM100.00 ATAU mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM100.00 ATAU membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM100.00.
  • Denda lewat pemulangan buku (jika ada).

Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM

Bil

Kategori

Yuran Tahunan (RM) – SEPENUH MASA

RUJUKAN

PINJAMAN

1

Pelajar Prasiswazah (Warganegara)

PERCUMA

50.00

2

Pelajar Prasiswazah (Bukan Warganegara)

PERCUMA

70.00

3

Pelajar Pascasiswazah (Sarjana & PhD) (Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan

PERCUMA

150.00

75.00 (SEPARUH MASA)

4

Pelajar Pascasiswah (Sarjana & Phd) (Bukan Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan

PERCUMA

200.00

100.00 (SEPARUH MASA)

5

Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak)

PERCUMA

50.00 – 70.00

6

Ahli Akademik/ Tutor/ Felo* (Sambilan/ Pelawat)

PERCUMA

75.00 – 200.00

7

Pegawai Universiti

PERCUMA

PERCUMA

8

Kakitangan Sokongan

PERCUMA

PERCUMA

9

Permata Pintar

PERCUMA

PERCUMA

10

Asasi Pintar

PERCUMA

100.00

* Mesti sertakan surat pengesahan/ lantikan Universiti/ Jabatan

 Keahlian Luar Perpustakaan

Bil.

Kategori

Yuran Tahunan (RM)

Kelayakan Keahlian Berbayar

Rujukan

Pinjaman

Kemudahan

1.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam/ Swasta* (Ahli PERPUN)

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

2.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT/ Swasta * (bukan Ahli PERPUN)

 

Keahlian Rujukan

RM100.00

X

Keahlian Pinjaman

RM200.00

3.

Pelajar Luar Negara*

 

Keahlian Rujukan

RM200.00

X

Keahlian Pinjaman

RM400.00

4.

Kakitangan Kerajaan*

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

5.

Ahli Korporat Institusi (10 orang)

 

Keahlian Rujukan

RM2,000.00

X

Keahlian Pinjaman

RM4,000.00

6.

Pesara UKM

 

Keahlian Rujukan & Pinjaman

Percuma

X

7.

Keahlian Kehormat – Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku

 

Keahlian Rujukan & Pinjaman

Percuma

8.

Alumni UKM

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

9.

Orang Perseorangan

 

Keahlian Rujukan

RM200.00

X

Keahlian Pinjaman

RM400.00

10.

Ahli Keluarga Kakitangan UKM

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM10.00

11.

Ahli Harian

 

Keahlian Rujukan

RM20.00

X

Keahlian Pinjaman

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

12.

Pelajar Sekolah Menengah

 

Keahlian Rujukan

Membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah

X

X

Keahlian Pinjaman

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

*Sila bawa kad matrik/surat pengesahan/pengenalan diri daripada perpustakaan/jabatan/institusi masing-masing.

Pelanggan boleh menempah bahan melalui Internet dengan syarat bahan berkenaan sedang dipinjam oleh pelanggan lain. Perkhidmatan ini boleh didapati dengan melayari katalog awam dalam talian(GEMILANG) di alamat http://gemilang.ukm.my. Pembatalan terhadap tempahan juga boleh dibuat melalui GEMILANG. Selepas buku dipulangkan oleh peminjam, penempah bahan diberi 7 hari untuk mengambil buku tersebut di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan di Aras 2.

  • Perkhidmatan ini diberikan kepada kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir.
    Melalui perkhidmatan ini, pemohon boleh meminjam bahan asal atau memperoleh bahan salinan yang tidak terdapat di perpustakaan.
    Permohonan dibuat melalui sistem iQuest yang dapat diakses melalui laman web perpustakaan atau menerusi alamat https://rb.gy/kjhwgs
  • Permohonan akan dihantar ke institusi dalam atau luar negara.

CAJ PERKHIDMATAN:

  • Percuma bagi artikel dan buku dari perpustakaan dalam negara.
  • Bagi bahan British Library:

Ahli Akademik:

Item

Caj

Artikel

·     Percuma bagi 5 artikel pertama setiap tahun

·     RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya

Buku

·     RM20.00 bagi setiap buku

Pascasiswazah dan pelajar prasiswazah tahun akhir:

Item

Caj

Artikel

·         Percuma bagi 3 artikel pertama setiap tahun

·         RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya

Buku

·         RM20.00 bagi setiap buku

  • Bagi bahan lain-lain perpustakaan, caj perkhidmatan akan ditanggung oleh pelanggan seperti yang ditetapkan oleh perpustakaan yang memberi pinjaman.

Kursus Kemahiran Maklumat adalah program perkhidmatan bimbingan dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari. Kursus ini diadakan secara berterusan.

Objektif:

Memberi pendedahan kepada pelanggan Perpustakaan cara menggunakan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi Perpustakaan.

Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.

Berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber bercetak dan elektronik.

Membina keyakinan diri dalam memperolehi ilmu dan maklumat untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Membina kemahiran untuk membuat ulasan kepustakaan/penyelidikan perpustakaan dalam bidang kajian.

Membina kemahiran untuk membuat sebutan (citation) bagi setiap bahan yang dirujuk.

Membina budaya pendidikan sepanjang hayat.

Pertanyaan dan permohonan, sila hubungi:-

Faiz Syafiq Mohd Ali
E-mel : faizsyafiqali@ukm.edu.my
Tel : 603-9289 7098

Pameran ini meliputi buku-buku terpilih dan terkini yang diterima oleh pihak Perpustakaan. Buku-buku tersebut akan dipamerkan selama 2 minggu di ruang pameran buku baru di aras 2. Buku-buku pameran boleh dipinjam.

Kemudahan

Pustakawan Perpustakaan Dr Abdul Latiff

Shamsudin Ibrahim

Encik Shamsudin Ibrahim

Cik Adibah Ahmad

Puan Liyana Jasman

Encik Faiz Syafiq Mohd Ali

Hubungi Kami

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300, Kuala Lumpur
603-92897475 (TEL) 603-26920603 (FAKS)