SEJARAH

PENUBUHAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan UKM telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada tahun 1977, Perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap di Bangi dan menggunakan Aras 5 Bangunan Canselori, UKM sebelum berpindah ke bangunan tetap perpustakaan.

1970

1978

PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG

Bangunan Perpustakaan di Bangi mula digunakan pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 2 Julai 1980. Bangunan ini telah diberi nama Perpustakaan Tun Seri Lanang sempena nama seorang bangsawan dan tokoh sastera yang terkenal di Tanah Melayu pada kurun ke 16.

PERPUSTAKAAN UKM

Perpustakaan UKM terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang sebagai perpustakaan induk di kampus utama Bangi dan tujuh perpustakaan cabang iaitu Perpustakaan Undang-Undang, Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Perpustakaan Lingkungan Kedua, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (Kuala Lumpur), Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (Cheras), Perpustakaan Praklinikal (Cheras), Perpustakaan Hospital Pakar Kanak-Kanak (Cheras) dan Muzium Warisan Akademik.

2022

Info Perpustakaan

Tun Seri Lanang yang kita kenali sebagai pengarang besar Johor yang telah melahirkan buku “Sejarah Melayu” atau “Sulalatus Salatin” (1612),  dilahirkan pada tahun Masihi 1565 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi, Johor. Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad. Ayahandanya Orang Kaya Paduka Raja Ahmad dan bondanya Tun Gengang. Beliau berasal dari keluarga orang kaya atau bergelar kerana nenek moyangnya keluarga Bendahara Sri Maharaja Melaka, membawa kepada baginda Mani Purindan keturunan Bukit Siguntang. Tun Seri Lanang dilantik menjadi Bendahara ke 14 dengan gelaran Bendahara Sri Maharaja Johor pada tahun 1580, oleh Sultan Ala-Jalla Abdul Jalil Syah. Beliau mangkat pada tahun 1615 di Aceh.

Sumber : Warisan Persuratan Johor YWJ (1997)

Perpustakaan Bertekad Menjadi Pemangkin Masyarakat Berilmu.

Meningkatkan budaya ilmu dan usaha memartabatkan bahasa Melayu serta menggalakkan cetusan ilmu baharu.

  • Membangun dan mengurus sumber maklumat untuk memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti
  • Memberikan perkhidmatan maklumat yang menepati keperluan pelanggan
  • Meningkatkan koleksi bahan dalam bahasa Melayu
  • Menyediakan prasarana dan persekitaran ilmu bersesuaian dengan perkembangan teknologi
  • Menjadi institusi repositori ilmu universiti

‘Perpustakaan Pemangkin Masyarakat Berilmu’

  1. Memastikan aduan pelanggan diberi jawapan akuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) hari.
  2. Memproses buku dalam tempoh 6 minggu
  3. Memberikan perkhidmatan maklumat dalam masa yang ditetapkan:
  • Pinjaman dan pemulangan bahan dalam masa dua (2) minit
  • Maklumbalas permohonan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) dalam masa tiga (3) hari
  • Pakej Maklumat dalam masa 10 hari
  • Rujukan cepat dalam masa lima (5) minit

Hubungi Kami

Tun Seri Lanang Library,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
+603-89213446 – Consultation Services
019-2045652 – Telegram/Whatsapp
603-89256067 (FAKS)
Email: helpdeskptsl@ukm.edu.my