Waktu pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua (Bulan Ramadan) :
Isnin –  Jumaat: 8.00 Pagi – 5.00 Petang (Buka) | Jumaat: 12.30 Tengahari – 2.30 Petang (Tutup) | Sabtu  – Ahad: Tutup | Cuti Umum: Tutup 

Perpustakaan Lingkungan Kedua

Perpustakaan Lingkungan Kedua telah ditubuhkan pada 2012 dan memulakan perkhidmatannya pada 9 September 2013. Perpustakaan ini menguruskan sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti dalam bidang kejuruteraan, senibina, teknologi dan sains maklumat. Perpustakaan yang terletak di Lingkungan Kedua UKM, berkongsi bangunan dengan Pusat Pengurusan Akademik, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan Pelajar. Bangunan ini setinggi tujuh (7) aras dengan perpustakaan berada di Aras 2 hingga 5 dengan keluasan 4,042 meter persegi.

Hebahan@PL2

Sumber Maklumat

Katalog dalam talian untuk mencari bahan perpustakaan.

Pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan.

Solusi carian bahan yang lebih menyeluruh dan memudahkan penyelidikan.

Mengandungi artikel dari jurnal terbitan UKM

Terdiri dari bahan perpustakaan dalam format digital seperti tesis

Bahan penerbitan yang dihasilkan oleh akademik UKM

Koleksi

Koleksi Am

Merupakan buku akses terbuka yang boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan. Koleksi ini terdapat di Aras 4 dan 5.

Koleksi Buku Folio

Merupakan buku bersaiz besar yang ditempatkan di Aras 4. Buku tersebut dikategorikan sebagai buku folio apabila mencapai ketinggian 35 cm dan lebarnya 25 cm.

Koleksi Jurnal

Koleksi ini terdiri daripada jurnal kini dan jurnal kebelakangan. Jurnal kini adalah jurnal isu terkini atau jurnal yang masih belum lengkap isunya untuk dijilid. Jurnal kebelakangan pula ada jurnal yang lengkap isunya dan telah dijilid. Koleksi ini terdapat di Aras 3.

Koleksi Rujukan

Terdiri daripada kamus, ensaiklopedia dan sebagainya yang terdapat di Aras 2. Buku ini tidak boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja.

Koleksi Tesis

Terdiri daripada tesis pelajar sarjana dan doktor falsafah. Koleksi ini terdapat di Aras 2 berhampiran dengan kaunter. Koleksi ini tidak boleh dipinjam dan dibuat fotokopi. Tesis ini hanya boleh dirujuk di ruangan yang disediakan. Pelanggan perlu berurusan dengan kakitangan di kaunter Aras 2 sebelum merujuk tesis.

Perkhidmatan

Pelajar dan Kakitangan UKM

Bil

Kategori

Kemudahan Pinjaman (Koleksi Am)

1.

Pelajar Prasiswazah

7 buah/ 14 hari

2.

Pelajar Pascasiswazah

20 buah/ 40 hari

3.

Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak)

25 buah/ 60 hari

4.

Ahli Akademik/ Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat)

10 buah/ 30 hari

5.

Pegawai Universiti

25 buah/ 60 hari

6.

Kakitangan Sokongan

5 buah/ 14 hari

7.

Keahlian Kehormat – sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskhah buku

25 buah/ 60 hari

8.

Permata Pintar

3 buah/ 14 hari

9.

Asasi Pintar

5 buah/14 hari

Ahli Luar Perpustakaan UKM

Bil

Kategori

Kemudahan Pinjaman (Koleksi Am)

1.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam

2 buah/ 14 hari

2.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Swasta

2 buah/ 14 hari

3.

Pelajar Luar Negara

2 buah/ 14 hari

4.

Kakitangan Kerajaan

2 buah/ 14 hari

5.

Ahli Korporat Institusi (10 orang)

2 buah/ 14 hari

6.

Orang Perseorangan

2 buah/ 14 hari

7.

Pesara UKM

2 buah/ 14 hari

8.

ALUMNI UKM

2 buah/ 14 hari

9.

Ahli Keluarga Kakitangan UKM

2 buah/ 14 hari

Denda Lewat Memulangkan Buku

Denda lewat memulangkan sebuah buku adalah RM0.30 sehari.

*Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti umum.

Denda Menghilangkan Buku

Denda menghilangkan buku adalah seperti berikut:

  • Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses sebanyak RM100.00 atau;
  • Menggantikan buku yang sama subjek dan wang proses sebanyak RM100.00 atau;
  • Membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses sebanyak RM100.00
  • Denda lewat pemulangan buku (jika ada).

Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM

Bil

Kategori

Yuran Tahunan (RM) – Sepenuh Masa

Rujukan

Pinjaman

1

Pelajar Prasiswazah (Warganegara)

PERCUMA

50.00

2

Pelajar Prasiswazah (Bukan Warganegara)

PERCUMA

70.00

3

Pelajar Pascasiswazah (Sarjana & PhD) (Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan

PERCUMA

150.00

75.00 (SEPARUH MASA)

4

Pelajar Pascasiswah (Sarjana & Phd) (Bukan Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan

PERCUMA

200.00

100.00 (SEPARUH MASA)

5

Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak)

PERCUMA

50.00 – 70.00

6

Ahli Akademik/ Tutor/ Felo* (Sambilan/ Pelawat)

PERCUMA

75.00 – 200.00

7

Pegawai Universiti

PERCUMA

PERCUMA

8

Kakitangan Sokongan

PERCUMA

PERCUMA

9

Permata Pintar

PERCUMA

PERCUMA

10

Asasi Pintar

PERCUMA

100.00

* Mesti sertakan surat pengesahan/ lantikan Universiti/ Jabatan

 Keahlian Luar Perpustakaan

Bil.

Kategori

Yuran Tahunan (RM)

Kelayakan Keahlian Berbayar

Rujukan

Pinjaman

Kemudahan

1.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam/ Swasta* (Ahli PERPUN)

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

2.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT/ Swasta * (bukan Ahli PERPUN)

 

Keahlian Rujukan

RM100.00

X

Keahlian Pinjaman

RM200.00

3.

Pelajar Luar Negara*

 

Keahlian Rujukan

RM200.00

X

Keahlian Pinjaman

RM400.00

4.

Kakitangan Kerajaan*

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

5.

Ahli Korporat Institusi (10 orang)

 

Keahlian Rujukan

RM2,000.00

X

Keahlian Pinjaman

RM4,000.00

6.

Pesara UKM

 

Keahlian Rujukan & Pinjaman

Percuma

X

7.

Keahlian Kehormat – Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku

 

Keahlian Rujukan & Pinjaman

Percuma

8.

Alumni UKM

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

9.

Orang Perseorangan

 

Keahlian Rujukan

RM200.00

X

Keahlian Pinjaman

RM400.00

10.

Ahli Keluarga Kakitangan UKM

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM10.00

11.

Ahli Harian

 

Keahlian Rujukan

RM20.00

X

Keahlian Pinjaman

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

12.

Pelajar Sekolah Menengah

 

Keahlian Rujukan

Membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah

X

X

Keahlian Pinjaman

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

*Sila bawa kad matrik/surat pengesahan/pengenalan diri daripada perpustakaan/jabatan/institusi masing-masing.

Pelanggan boleh memperbaharui pinjaman mereka melalui GEMILANG dengan syarat bahan berkenaan belum tamat tempoh pinjaman, tidak ditempah oleh pelanggan lain dan tidak mempunyai denda yang belum dibayar. Pembaharuan melalui GEMILANG hanya boleh dilakukan tiga (3) kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh pemulangan.

Pelanggan boleh menempah bahan melalui GEMILANG dengan syarat bahan berkenaan dipinjam oleh pelanggan lain. Pembatalan tempahan juga boleh dibuat melalui GEMILANG. Selepas buku dipulangkan oleh peminjam, penempah diberi tempoh tujuh (7) hari untuk mendapatkan buku tersebut di kaunter Aras 2.

Perkhidmatan ini disediakan untuk kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir bagi mendapatkan bahan daripada perpustakaan lain kerana bahan tersebut tidak terdapat di Perpustakaan UKM. Bahan dalam negara adalah percuma dan bahan luar negara British Library pula dikenakan bayaran seperti berikut:

Ahli Akademik:

Item

Caj

Artikel

·     Percuma bagi 5 artikel pertama setiap tahun

·     RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya

Buku

·     RM20.00 bagi setiap buku

Pascasiswazah dan pelajar prasiswazah tahun akhir:

Item

Caj

Artikel

·         Percuma bagi 3 artikel pertama setiap tahun

·         RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya

Buku

·         RM20.00 bagi setiap buku

Kursus Kemahiran Maklumat disediakan untuk membina kemahiran mengakses bahan dan maklumat secara berkesan bagi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Perkhidmatan ini disediakan terutamanya kepada pelajar baharu.

Buku baharu yang diperolehi oleh perpustakaan akan dipamerkan di Aras 2 selama 1-2 bulan sebelum ditempatkan di Koleksi Am. Buku tersebut boleh dipinjam.

Kemudahan

Hubungi kami

Perpustakaan Lingkungan Kedua,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Malaysia
603-89118472 (TEL) | 603-89118475 (FAX)