PENDIDIKAN PENGGUNA

TUTORIAL

Katalog Perpustakaan UKM adalah rekod asas yang memberi maklumat lengkap mengenai bahan-bahan yang ada di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan- Perpustakaan Cabang.

GEMILANG ialah nama yang diberi bagi Katalog Awam Dalam Talian perpustakaan UKM, iaitu singkatan daripada Gedung Maklumat Ilmu Tun Seri Lanang.

  1. Portal e-Sumber menyediakan akses kepada pelbagai pangkalan data jurnal dan buku elektronik daripada pelbagai bidang.
  2. Mengandungi teks penuh daripada jurnal dan buku-e yang dilanggan oleh perpustakaan.
  3. Boleh membuat pencarian pangkalan data melalui subjek atau judul pangkalan data.
Kenali platfom pencarian maklumat yang disediakan oleh Perpustakaan yang merangkumi GEMILANG, PORTAL E-SUMBER, REPOSITORI INSTITUSI UKM (E-REP), JURNAL ARTIKEL TERBITAN UKM (UJAR), LEARNING & RESEARCH REPOSITORY, INDEKS DEWAN BAHASA & PUSTAKA (IDBP) dan IQUEST.
 

Kursus ini menekankan penggunaan sumber maklumat tesis melalui sumber berikut:

Kursus ini menekankan teknik pencarian maklumat bagi sumber maklumat menerusi Portal PPUKM.

Kursus ini menekankan pencarian bahan dengan kaedah “systematic review” bagi mendapatkan carian yang lebih tepat.

  • Kursus ini menekankan teknik pencarian maklumat bagi sumber maklumat terpilih khusus bagi bahan koleksi Arab dan Tamadun Islam, Perpustakaan UKM menerusi:

    1. OPAC GEMILANG.
    2. Tips pencarian maklumat bagi bahan berbahasa Arab.
    3. Tips pencarian ayat al-Qur’an dan hadith.
    4. Carian latihan ilmiah bagi pelajar Fakulti Pengajian Islam UKM.

    Beberapa sumber yang disediakan oleh perpustakaan dan sumber terbuka lain turut dikongsikan dalam kursus ini.

Kursus ini menekankan teknik pencarian maklumat bagi sumber maklumat terpilih khusus bagi bahan Koleksi Dokumen, Perpustakaan UKM yang boleh diakses menerusi:

  1. OPAC GEMILANG
  2. Sistem Repositori Digital (VITAL)

Beberapa sumber yang disediakan oleh perpustakaan dan sumber  lain turut dikongsikan dalam kursus ini.

Bengkel ini merupakan salah satu usaha Perpustakaan UKM membantu masyarakat luar khususnya pelajar sekolah untuk lebih memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang berkesan. Menyedari bahawa pelajar sekolah kini terdedah dengan pelbagai tugasan yang melibatkan pencarian maklumat terutamanya dalam pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta mengenai definisi, kategori-kategori sumber maklumat, bentuk-bentuk sumber maklu-mat dan strategi pencarian maklumat. Peserta juga akan didedahkan kepada koleksi-koleksi bahan di Perpustakaan UKM. Kepelbagaian sumber maklumat yang diterokai dan strategi pencarian yang efektif akan memberi impak kepada pembentukan individu bermaklumat yang cekap.

Hubungi Kami

Perpustakaan Tun Seri Lanang,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
+603-89213446 – Consultation Services
019-2045652 – Telegram/Whatsapp
603-89256067 (FAKS)
Email: helpdeskptsl@ukm.edu.my