Allahyarham (Tun) Ahmad Sarji Penyumbang Koleksi Peribadi Perpustakaan

Negarawan Peribadi  Mulia

Nama : Ahmad Sarji Abdul Hamid
Tarikh & Tempat Lahir : 16 September 1938 (Tapah Perak)
Bapa : Abdul Hamid Mohd Aroop
Ibu : Mahani Hj Sidek
Isteri : Sagiyah Salikin
Anak : 5 orang

Pendidikan:

1946  : Sekolah Melayu Pasir Puteh, Ipoh, Perak
1947 – 1949 : Sekolah Melayu Kampung Batu Tiga, Tapah,Perak , Sekolah Melayu, Tapah, Perak
1949 – 1955 : Government English School, Tapah, Perak (SMK Buyong Adil)
1956 – 1957 : Anderson School, Ipoh, Perak
1957 – 1960 : Universiti Malaya. B.A. (Hons.)
1966 – 1967 : Institute of Social Studies, The Hague, Netherlands (Diploma in Public Administration, with credit)
1970 – 1971 : Harvard University, Amerika Syarikat (Master in Public Administration)
1994 : Ijazah Kehormat Doctor of Science (Management) daripada Universiti Utara Malaysia atas sumbangannya dalam lapangan pentadbiran dan pengurusan awam.
1995 : Ijazah Kehormat Doctor of Business Administration daripada The Nottingham – Trent University, United Kingdom, kerana mengiktiraf jasa-jasa beliau mempereratkan hubungan antara perkhidmatan awam dan sektor swasta menerusi persyarikatan Malaysia dan peranannnya di dalam Malaysia Business Council.
2000 : Ijazah Kehormat Doctor of Letters daripada Universiti Malaysia Sarawak, di atas sumbangan dalam penubuhan awal Universiti itu dan memperkembangkan khazanah seni negara.
2006 : Ijazah Kehormat Doctor in Management daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di atas sumbangan dalam sektor awam dan korporat.
2012  : Ijazah Kehormat Doctor in Management daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Anugerah:

  • Pengarah Terbaik 1999 dari Institut Pengarah-Pengarah Malaysia.
  • Tokoh Maal Hijrah kerana jasa-jasanya dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.
  • Tokoh Melayu Terbilang oleh UMNO sempena ulangtahun UMNO ke-62 di PWTC

Ahmad Sarji telah disahkan meninggal dunia pada 28 Ogos 2021 pada jam 1.40 pagi di Wad ICU, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi COVID-19.Jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah II, Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.58 pagi.

Koleksi Allahyarham (Tun) Ahmad Sarji di Perpustakaan UKM

Perpustakaan UKM telah menerima sumbangan koleksi peribadi Allahyarham (Tun) Ahmad Sarji, Pro Canselor UKM (2017-2021). 

Koleksi sumbangan Allahyarham merangkumi buku ilmiah, majalah,  surat-surat, minit mesyuarat, cenderahati, gambar-gambar bersejarah, poster dan cakera padat yang diterima oleh beliau sepanjang beliau berkhidmat dengan kerajaan dan sektor korporat sejak 55 tahun lepas. 

Koleksi Allahyarham bukan sahaja berpangkalan di UKM, malah turut tersimpan di Arkib Negara dan Perpustakaan Negara. Allahyarham amat mempercayai UKM kerana bagi beliau UKM adalah sebuah institusi yang menghargai warisan. Baginya bila UKM menghargai warisan dan peninggalan, Ia merupakan satu pengiktirafan kepada dunia.

“UKM adalah sebuah universiti yang ulung dan saya lihat bahawa mereka (UKM) menghargai warisan. Bila UKM menghargai warisan dan peninggalan, ia merupakan satu pengiktirafan kepada peradaban dunia,”

“Seboleh-bolehnya, di akhir hayat saya tidak ada satu pun peninggalan yang tersimpan di rumah saya dan tidak dapat memberi manfaat kepada masyarakat”.

-Tun Ahmad Sarji-

“Sumbangan koleksi Tun Ahmad Sarji ini amat berharga sekali kerana  mempunyai signifikan sejarah yang bukan sahaja dari satu aspek iaitu kepimpinan pentadbiran awam, tetapi juga dari segi korporat, seni dan warisan, keagamaan, masyarat dan juga sukan” – Prof Dato’ Dr Imran Ho Abdullah.

Kronologi Penyerahan Koleksi Peribadi Allahyarham kepada Perpustakaan.

  • 30 September 2016

Perbincangan awal bersama Tun berkenaan hasrat  menyerahkan koleksinya kepada Perpustakaan UKM.

  • 5 Oktober 2016 

Kumpulan pertama Koleksi Ybhg Tun (Dr) Ahmad Sarji Abdul Hamid telah diserahkan kepada Perpustakaan UKM yang mengandungi 38 kertas seminar, 240 keratan akhbar, 2,681 naskah buku, 1,522 naskah majalah dan 642 dokumen terdiri daripada laporan dan kertas kerja.

  • 12 Januari 2017

Jawatankuasa Pengurusan Koleksi Tun Ahmad Sarji dibentuk yang tugas utamanya adalah untuk mengurus koleksi dan menaik taraf ruang bagi menempatkan koleksi berkenaan.

  • 8 Disember 2017

Ruang Sudut Bacaan Ringan dinaiktaraf menjadi Anjung Pro Canselor pada 8 Disember 2017. Kos Pembinaan RM150,000

  • 12 Disember 2017

Koleksi mula dipindahkan ke Anjung Pro Canselor

  • 13 Disember 2017

Mesyuarat Pengurusan Universiti bersetuju menamakan ruang koleksi sebagai Anjung Pro Canselor Tun Ahmad Sarji.

  • 21 Disember 2017

Pengambilan kumpulan kedua bahan Tun  dan Penyerahan Koleksi Yab Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, bertempat di Professional Golf Malaysia, 25-3, Jalan Medan, Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara,Kuala Lumpur.

  • 9 Januari 2018

Koleksi Allahyarham diserahkan kali ke 2 kepada Perpustakaan UKM sebanyak 176 Judul 526 Naskah (Buku, Dokumen dan Jurnal) dan diagihkan kepada unit berkaitan untuk dibuat pengkatalogan.

  • 1 Oktober 2018

Majlis Perasmian Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji oleh DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM

  • 26-27 Mac 2019

Projek Pengindeksan Dokumen Koleksi Tun Ahmad Sarji Siri II bagi bahan yang tidak sesuai dibuat pengkatalogan seperti bahan;

  • Bahan kertas seminar
  • Buku cenderamata/flyers
  • Teks Ucapan
  • Minit Mesyuarat
  • Pamplet
  • Gambar
  • Cakera padat
  •  Buletin
  • April 2021

Koleksi Allahyarham diserahkan kali ke 3 oleh waris sebanyak 242 judul

  • September 2021

Koleksi Allahyarham diserahkan kali ke 4 oleh IKIM sebanyak 25 judul

  • Oktober 2021

Koleksi Allahyarham diserahkan kali ke 4 oleh waris  sebanyak 202 judul

Keunggulan Koleksi Allahyarham

  • Kepimpinan Awam

Menjadi pusat rujukan sejarah perkembangan pentadbiran awam di Malaysia

  • Seni & Budaya

Menyediakan sumber rujukan bagi pengkajian tentang seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

  • Keunggulan Islam

Menyediakan sumber rujukan bagi perkembangan institusi agama Islam di Malaysia

  • Pembangunan Korporat

Mempunyai Koleksi bahan rujukan yang baik berkaitan tadbir urus korporat.

  • Kecemerlangan Sukan

Menjadi pusat rujukan bagi perkembangan sukan kriket dan Golf profesional kebangsaan.

Perkhidmatan Pinjaman Koleksi TAS

Pelanggan hanya dibenarkan membuat pinjaman buku koleksi TAS selama 3 hari sahaja.

Rujukan : https://www.ukm.my/news/Latest_News/tun-ahmad-sarji-serah-koleksi-peribadi-kepada-ukm/

Siaran Serupa

  • Dato’ Dr. Mohd Noordin Bin Haji Keling

      Latar Belakang Dato’ Dr. Mohd Noordin Bin Haji Keling dilahirkan pada 15 Jun 1926 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Ann Salmiah Binti Abdul Majeed dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua anak mereka berjaya melanjut pelajran hingga ke menara gading dan…

  • Abu Zaki Fadzil

    LATAR BELAKANG Allahyarham Abu Zaki Fadzil atau nama sebenarnya Abu Bakar Bin Haji Mohammad Fazil dilahirkan pada 11 November 1926 di Jejawi, Perlis. Selain nama pena Abu Zaki Fadzil, dia juga menggunakan nama Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu dan Ramuna. Beliau merupakan seorang penulis dan seorang pendakwah. Allahyarham meninggal dunia pada usia 54 tahun…

  • Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali

    Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali     LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN: Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali dilahirkan pada 11 Julai 1946 di Jasin, Melaka. beliau mendapat pendidikan menengahnya di Melaka High School. Selepas tamat alam persekolahan beliau melanjutkan pelajaran Queen’s University di Belfast, Ireland Utara. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar lulus…

  • Haji Said Ibrahim

    Haji Said Ibrahim     Haji Said Ibrahim Latar belakang Allahyarham Haji Said Bin Haji Ibrahim merupakan seorang ulama Nusantara yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu fiqh khususnya di negara ini. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku, kertas kerja dan artikel yang sebahagian besarnya merupakan hasil karya fiqh. Ketokohan dan…

  • Abdul Ghafar Ibrahim

    Peneroka dan Pengasas Puisi Eksperimen Malaysia Abdul Ghafar Ibrahim merupakan tokoh seniman yang sangat dikenali masyarakat Malaysia dan merupakan salah satu pencipta dan penyair terbaik. A.Ghafar dilahirkan di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor pada 31 Ogoas 1943. Abdul Ghafar Ibrahim merupakan anak kepada seorang pengembara iaitu Ibrahim bin Khatib Husin yang sering berulang-alik antara…

  • Ahmad Nikmat Harun

    Ahmad Nikmat Harun     Latar belakangAllahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *