Harun Aminurrashid

 
 
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN 
 
Nama sebenar beliau ialah Harun bin Mohd Amin. Beliau dilahirkan pada 8 hari bulan Ogos 1907 di Kampung Telok Kurau, Singapura. Beliau juga menggunakan nama pena yang lain seperti Har, Gustam Negara, Atma Jiwa dan Si Ketuit. Sejak kecil lagi Harun amat gemar membaca dan ini akhirnya mendorong beliau untuk mengarang. Novel pertama beliau, “Melur Kuala Lumpur” telah diterbitkan di Tanjung Malim pada April 1930. Harun Mohd Amin pulang ke Rahmatullah pada 9 November 1986 di Singapura. 
 
PERIBADI HARUN 
 
Mengikut dari kisah anak almarhum, peribadi bapanya adalah seorang yang sangat tegas; pernah diceritakan apabila beliau balik kerumah, isteri dan anak-anak beliau yang mendengar sahaja beliau keluar dari kereta, mereka akan segera menggemaskan setiap bahagian rumah agar dilihat kemas dan teratur. Tambah anak almarhum, mereka sudah lali dengan peribadi bapanya sebagai seorang guru. 
 
KENAPA DIKENALI AMINURRASHID
 
Nama Harun Aminurrashid itu telah diperoleh daripada membaca kisah Sultan Harun al-Rashid dari Baghdad yang berlaku pada zaman Abu Nawas. Beliau tertarik dengan nama itu lalu diambillah perkataan ‘Amin’ yang ertinya benar dan Rashid yang artinya jujur Kedua-duanya digabungkan menjadi Aminurrashid – benar dan jujur, yang menjadi lambang perjuangannya mempertahankan kebenaran dengan cara yang jujur. *Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan: ms183/184 
 
PENDIDIKAN & KERJAYA
 
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kurau, Singapura dan kemudian memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim dari tahun 1924 hingga 1926. Setelah lulus, beliau dilantik sebagai guru di MPSI hingga tahun 1938. Semasa di MPSI, Cikgu Harun banyak menghasilkan tulisan yang meniupkan semangat kebangsaan, di samping mempengaruhi penuntut-penuntut MPSI menentang penjajah. Kerana kegiatan ini, beliau telah ditukarkan ke Brunei pada tahun 1939. 
 
Pada tahun 1949, Cikgu Harun kembali ke Singapura dan melibatkan diri dalam penerbitan beberapa akhbar dan majalah seperti Belia, Fashion, Filem Raya, Hiburan, Kenchana, Medan Sastera, Melayu Raya, Mingguan Melayu, Mutiara, Seni dan Tunas. Selain dari menghasilkan novel-novel sejarah, beliau juga menulis cerpen dan buku-buku pengetahuan mengenai bahasa, kebudayaan dan pengembaraan. Dalam karyanya, beliau menggunakan nama-nama samaran seperti Atma Jiwa, Gustam Negara, Har dan Harun Aminurrashid. 
 
Di Peringkat antarabangsa, beliau merupakan pengarang novel sejarah yang agak menonjol. Novel Simpang Perinang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan Urdu, serta dipilih oleh UNESCO untuk bahan bacaan dalam Rancangan Perkhidmatan Antarabangsa. Beliau juga pernah menerima Certificate of Merit dari Dictionary of International Biography kerana berjaya menghasilkan novel Melayu bercorak sejarah. 
 
SUMBANGAN BAHAN 
 
Mengikut keratan akhbar *SENADA Bil. 024 KDN 0333/82 Dis 1982, Seorang cendekiawan Melayu yang telah lama berjuang untuk bangsa dan nusanya Harun Aminurrashid atau nama sebenarnya Tuan Haji Harun bin Mohd Amin telah menyumbangkan koleksi peribadinya yang berupa 2,956 buah buku kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Naib Canselor UKM YB Prof Tan Sri Dr Awang Had Salleh pada 29 November 1982. Dari jumlah 2956 itu, 82 dari nya adalah mengenai ekonomi, 72 judul mengenal pengetahuan Islam, 473 judul mengenal kesusasteraan, 59 judul mengenai pendidikan dan psikologi, 278 judul mengenai sejarah dan politik, 127 judul bahan bahan umum dan 148 judul adalah merupakan bahan-bahan majalah dan terbitan bersiri.
 
Berdasarkan buku “Koleksi Keluarga Harun Aminurrashid”, Sebanyak 1,306 judul bahan Tuan Haji Harun kekal disimpan dan dipelihara dengan baik. Ia ditempatkan di Unit Arkib dan Koleksi Khas (Aras 6), Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM Bangi. 
 
Selain itu, koleksi peribadi anaknya juga diabadikan di PTSL iaitu Allahyarham Ahmad Nikmat Harun. Sebanyak 240 judul bahan telah disumbangkan oleh keluarganya pada 20 Disember 1989 iaitu setahun selepas beliau meninggal.
 
Lebih menarik sumbangan bahan bacaan kedua-dua Sasterawan Negara  ini masih lagi diteruskan oleh legasi keluarganya sehingga kini dan mungkin koleksi ini akan bertambah pada masa akan datang. 
 
 
HASIL PENULISAN DAN BIDANG PENYELIDIKAN
 
Harun Aminurrashid ialah merupakan tokoh yang penting pada zaman 1929 . Syairnya banyak tersiar dalam majalah dan akhbar pada tahun 1920-an dan 1930-an. Penglibatan beliau dalam bidang penulisan mengambil bentuk yang lebih konkrit melalui penulisan novel, cerpen, rencana kesusasteraan, kebudayaan, syair dan sebagainya. Beliau merupakan penulis yang terbawa-bawa dengan gaya kewartawanannya, dan dengan itu terlihat gaya bahasa cerpennya lebih merupakan gaya seorang wartawan .
 
Di antara karya-kang terpenting beliau:
 
  • Panglima Awang, Anak Panglima Awang, Tun Mandak, Wak Chantok, Wan Derus dan beberapa buah lagi yang digunakan sebagai buku teks sekolah-sekolah.
  • Melor Kuala Lumpur yang diterbitkan pada tahun 1930 adalah novelnya yang pertama.
  • Kajian puisi Melayu yang diterbitkan pada tahun 1960 dan
  • Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu, merupakan karyanya dalam bidang pengetahuan sastra dan bahasa.
  • Melihat matahari di tengah malam (1962), Mengembara ke Andalusia (1965), Meninjau ke Negeri Syam (1961) dan Melawat ke negara tetangga (1962), merupakan buku-buku kisah perjalanan dan pengembaraan.
  • Simpang Perinang yang diterbitkan pada tahun 1966 merupakan novel sejarah.
  • Suratkhabar dan majalah yang dipimpin oleh beliau antaranya ialah Belia, Fashion, Filem Raya, Hiburan, Kenchana, Medan Sastera, Melayu Raya, Mingguan Melayu, Mutiara, Seni dan Tunas.

LAWATAN KELUARGA ALLAHYARHAM HARUN AMINURRASHID  
 
Pada 8 JUN 2022, telah bertandang keluarga almarhum Tuan Haji Harun bin Mohd Amin atau dikenali lebih dengan nama Harun Aminurrashid bagi mengenang dan melihat koleksi peribadi Harun Aminurrashid yang berada di dalam simpanan Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Unit Arkib dan Khas (Aras 6). 
 
 
 

Siaran Serupa

  • Allahyarham (Tun) Ahmad Sarji Penyumbang Koleksi Peribadi Perpustakaan

    Negarawan Peribadi  Mulia Nama : Ahmad Sarji Abdul HamidTarikh & Tempat Lahir : 16 September 1938 (Tapah Perak)Bapa : Abdul Hamid Mohd AroopIbu : Mahani Hj SidekIsteri : Sagiyah SalikinAnak : 5 orang Pendidikan: 1946  : Sekolah Melayu Pasir Puteh, Ipoh, Perak1947 – 1949 : Sekolah Melayu Kampung Batu Tiga, Tapah,Perak , Sekolah Melayu, Tapah,…

  • Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali

    Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali     LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN: Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali dilahirkan pada 11 Julai 1946 di Jasin, Melaka. beliau mendapat pendidikan menengahnya di Melaka High School. Selepas tamat alam persekolahan beliau melanjutkan pelajaran Queen’s University di Belfast, Ireland Utara. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar lulus…

  • Syed Husin Ali

    LATAR BELAKANG Syed Husin Ali merupakan seorang ahli akademik bertaraf professor sebagai salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun dikenali sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu. Beliau adalah seorang cendekiawan Melayu yang hebat malahan ketokohannya sebagai ahli akademik melangkaui sempadan antarabangsa. Walaubagaimanapun, beliau kini lebih dikenali sebagai ahli politik. Beliau dilahirkan pada Rabu 23 September 1936…

  • Ahmad Nikmat Harun

    Ahmad Nikmat Harun     Latar belakangAllahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika…

  • Abu Zaki Fadzil

    LATAR BELAKANG Allahyarham Abu Zaki Fadzil atau nama sebenarnya Abu Bakar Bin Haji Mohammad Fazil dilahirkan pada 11 November 1926 di Jejawi, Perlis. Selain nama pena Abu Zaki Fadzil, dia juga menggunakan nama Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu dan Ramuna. Beliau merupakan seorang penulis dan seorang pendakwah. Allahyarham meninggal dunia pada usia 54 tahun…

  • Mohd Safar Hashim

    Latar Belakang Mohd Safar Hashim adalah ahli akademik dan penulis beberapa buah buku di Malaysia. Prof Dr. Safar Hashim dilahirkan pada tahun 1948 di Butterworth, Pulau Pinang.  Pendidikan Beliau memulakan persekolahan di St Mark’s Primary School, Butterworth di peringkat rendah dan St Mark’s Secondary School, Butterworth pada peringkat menengah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *