KEMUDAHAN & RUANG PERPUSTAKAAN

Ruang Bacaan
Perpustakaan menyediakan
ruang bacaan yang boleh memuatkan 76 orang
pelanggan dalam satu masa.
Ruang Kerja
Ruang kerja boleh memuatkan seramai 4 orang pelanggan sebagai ruang diskusi dan pembelajaran.
Bilik Tayangan
Bilik Tayangan yang boleh memuatkan 12 orang pada satu-satu masa boleh ditempah oleh pelanggan perpustakaan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Makmal Komputer
Makmal multimedia boleh memuatkan 10 orang pada satu-satu masa dan boleh ditempah oleh pelanggan perpustakaan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan adalah percuma.
Kemudahan Internet
Semua komputer di dalam perpustakaan disediakan dengan kemudahan internet. Perpustakaan juga mempunyai kemudahan WiFi.
Kotak Pemulangan Buku
Kotak pemulangan buku
disediakan untuk pengguna memulangkan buku selepas
waktu operasi kaunter perkhidmatan.
Meja Karel
Terdapat 6 meja karel disediakan bagi pelajar yang memerlukan ruang bacaan bersendiri.
Lokar
Kemudahan ini disediakan kepada semua pelanggan perpustakaan secara layan diri. Sebanyak 40 ruang lokar telah disediakan.