Ciri-Ciri Melayu Peranakan
ByManikka
Kebanyakan perkataan dalam bahasa Melayu-Peranakan berasal daripada Bahasa Melayu. Walaupun begitu, terdapat juga daripada bahasa lain seperti Cina iaitu dialek Hokkien. Walaupun orang cina peranakan menggunakan perkataan Cina yang telah diubah, mereka tidak lagi mementingkan intonasi seperti bahasa Cina.
| Melambangkan Kata Ganti Nama Diri Dan Keluarga | |
| Bahasa Cina Peranakan | Maksud |
| Goa | Aku |
| Lu | Awak |
| Tachi | Kakak |
| Tachi-sar | Kakak sulung |
| Tachi-nga | Kakak kedua |
| Tachi-chik | Kakak paling muda |
| Ah Kong | Datuk |
| Mah | Nenek |
| Tia-pa | Ayah |
| ‘N’ Chek / ‘N’ Chim | Emak |
| Tua Ko | Bapa saudera sebelah ibu |
| Tua Koh | Emak saudara sebelah bapa |
| Koh | Emak saudara muda sebelah bapa |
| Melambangkan Ruang Dan Bahagian Dalam Rumah | |
| Tia | Bilik besar tempat pemujaan |
| Chimchi | Ruang terbuka dan terdedah ke langit |
| Lau-teng | Tingkat atas (loteng) |
| Langken | Beranda bahagian dalam |
| Pangkeng | Bilik tidur |
| La-pen | Beranda tanpa teduhan |
| Teng / Tanglong | Lampu |
| Tekuan | Meja |
| Teko | Kendi |
| Tim | Kukus |
| Melambangkan Hal Ehwal Agama | |
| Bio | Kuil / rumah berhala |
| Sio – hio | Perbuatan membakar batang dupa |
| Kui | Perbuatan melutut |
| Teyan (toe – ien) | Memberi derma atau sedekah untuk kerja Kebajikan dan keagamaan |
| Melambangkan Hal Ehwal Perniagaan | |
| Toko (tho – kho) | Kedai |
| Kongsi | Persatuan atau syarikat perniagaan |
| Taukeh | Ketua sesuatu firma |
| Melambangkan Perkara Abstrak | |
| Be – jin – cheng | Tidak mengenal nenek moyang |
| Pot hauw | Tidak berbakti |
| Kam – guan | Memuaskan hati |
| Homia | Bagus / baik |
Jenis Koleksi Sastra Cina Peranakan PTSL
1. Ekonomi
Membincangkan tentang kecintaan masyarakat terhadap wang ringgit. Membicarakan aktiviti ekonomi yang mereka lakukan.
2. Keluarga
Menjelaskan hak istimewa masyarakat wanita. Masyarakat wanita yang belum berkahwin akan dirisaukan untuk berada di luar rumah.
3. Politik
Masyarakat Barat mengecam dunia kewartawanan. Membicarakan semangat nasionalis Cina ketika diserang Jepun.
Similar Posts
SEJARAH KEWUJUDAN KOLEKSI SASTERA CINA PERANAKAN DI PTSL
ByManikkaNAMA : PROF. DR. DING CHOO MINGTARIKH : 8 JANUARI 2023TEMPAT : RUANG RUJUKAN BELAKANG MEJA PENASIHAT PEMBACA, ARAS 4 SEJARAH KEWUJUDAN KOLEKSI SASTERA CINA PERANAKAN DI PTSL UKM membeli koleksi sastera Cina Peranakan daripada tukang luak, penjaja buku jalanan di Jakarta yang diusahakan oleh Watson, seorang pensyarah di Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang…