SUPERIOR COLLECTION
Koleksi Arkib Portal UKM
senarai koleksi khas
Koleksi Manuskrip Perpustakaan UKM
Bahan-bahan dalam koleksi ini merupakan karya-karya yang bertulis tangan dalam bahasa Melayu (tulisan jawi), Jawa Kuno (tulisan jawa) dan Arab. Sejak penubuhannya sehingga kini, Koleksi Manuskrip PTSL telah berjaya mengumpul 109 judul manuskrip bercetak yang terdiri daripada pelbagai bidang keilmuan dan bahasa. Sebahagian besar manuskrip Melayu yang dikumpul adalah terdiri dari manuskrip naskhah Acheh yang melambangkan kehidupan sosial dan kedudukan agama Islam di zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Shah dan Sultan Iskandar Muda. Terdapat juga manuskrip dalam Bahasa Arab, al-Quran bertulisan tangan dan manuskrip dalam bidang perundangan Islam, aqidah, feqah dan tauhid.
Koleksi Cina Peranakan
Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya merupakan keturunan imigran Cina yang datang ke Kepulauan Melayu pada abad ke-15. Nyonya merujuk kepada wanita peranakan manakala Baba merujuk kepada lelaki peranakan. Istilah “Peranakan” pada asalnya bermaksud lahir semula. Lama-kelamaan, ia digunakan secara umum untuk menentukan orang Cina yang dilahirkan di Selat untuk membezakan orang Cina yang dilahirkan di China atau di Kepulauan Melayu. Maksud asal untuk Peranakan berasal dari kata Melayu dan Indonesia yang bermaksud ‘anak’, merujuk kepada keturunan tempatan yang lahir.
Koleksi Bahan Nadir
Koleksi Bahan Nadir yang disimpan dalam Koleksi Khas Perpustakaan Tun Seri Lanang merupakan sebuah koleksi yang sangat penting dan berharga kerana di dalamnya dikumpulkan bahan-bahan habis cetak, bernilai tinggi dan yang diterbitkan sebelum 1950. Bahan-bahan yang sukar didapati ini mengandungi 1,876 judul penerbitan-penerbitan yang tertulis dalam Bahasa Arab, Inggeris, Belanda, Perancis, Jerman, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.
Joseph Schacht
Lahir pada tahun 1902 dan meninggal dunia pada tahun 1969. Beliau adalah lulusan dari beberapa buah universiti di Bratislava dan Leipzig. Beliau merupakan seorang orientalis berbangsa Jerman yang terkenal. Menjadi penolong pensyarah di beberapa Universiti di Jerman. Pada tahun 1934 menjadi pensyarah Fakulti Sastera di Mesir. Pada tahun 1948, beliau memberi kuliah dalam bidang Pengajian Islam di beberapa buah universiti di United Kingdom, pada tahun 1952 di Algeria, pada tahun 1954 di Leiden dan pada tahun 1954 -1958 menjadi pensyarah pelawat di Columbia University.
Koleksi Khas ini menghimpunkan khazanah peribadi milik tokoh-tokoh terkemuka dari dalam dan luar negara yang bertepatan dengan keperluan program akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bahan-bahan berharga ini telah disumbangkan kepada pihak perpustakaan untuk dijadikan sumber rujukan utama para penyelidik, merangkumi 26 buah koleksi peribadi tokoh. Antaranya:-
- Abdul Ghafar Ibrahim
- Abu Zaki Fadzil
- Ahmad Hikmat Harun
- Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali
- Dr. Ding Choo Ming
- Harun Aminurrashid
- Ustaz Hassan Saleh
- Ibrahim Yunos
- Dato’ Dr. Ismail Ibrahim
- J.V. D’Cruz
- Kassim Mat Salleh
- Prof. Dr. Md. Sapar @ Mohd. Safar Hasim
- Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin
- Dato’ Haji Mohd Salleh Awang
- Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh
- Nik Mahyiddin Nik Musa
- Dato’ Noordin Hj. Keling
- Othman Khalid
- Puan Sri Dr. Rohana Zubir
- Haji Said Haji Ibrahim
- Puan Salbiah Husin Kajang
- Dr. Shaharom Husain
- Puan Sri Datin Sohair Abdel Moneim Sery
- Syeikh Abd. Aziz Mydin
- Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
- Tun Ahmad Sarji
SINOPSIS PILIHAN
Ciri-Ciri Melayu Peranakan
Kebanyakan perkataan dalam bahasa Melayu-Peranakan berasal daripada Bahasa Melayu. Walaupun begitu, terdapat juga daripada bahasa lain seperti Cina iaitu dialek Hokkien. Walaupun orang cina peranakan
August 1, 2026
No Comments

KESUSASTERAAN
Bahan Nadir 0296 (Tjinta jang sangat berarti fantasi dipesisir pantai timoer Kalimantan)
Bahan Nadir 0296 Tajuk: Tjinta jang sangat berarti fantasi dipesisir pantai timoer Kalimantan Pengarang/Penyalin: Dachlan, A. Hamzah Tahun: 1940
August 26, 2026
No Comments
Bahan Nadir 0193 (Statistisch Zakboek, 1944-1946)
Bahan Nadir 0193 Tajuk: Statistisch Zakboek, 1944-1946 Pengarang/Penyalin: Tiada Tahun: 1947
July 29, 2026
No Comments
