Syed Husin Ali

LATAR BELAKANG

Syed Husin Ali merupakan seorang ahli akademik bertaraf professor sebagai salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun dikenali sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu. Beliau adalah seorang cendekiawan Melayu yang hebat malahan ketokohannya sebagai ahli akademik melangkaui sempadan antarabangsa. Walaubagaimanapun, beliau kini lebih dikenali sebagai ahli politik.

Beliau dilahirkan pada Rabu 23 September 1936 di Batu Pahat. Beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau terlibat dalam bidang akademik, sastera dan politik dan dianggap sebagai intelektual awam yang berjuang seumur hidupnya hanya demi kepentingan rakyat. Beliau pernah menjadi Naib Presiden KEADILAN 2003-2010 serta merupakan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) selama 13 tahun sejak 1990. Penglibatan yang terlalu aktif dalam berpolitik, beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM selepas berkhidmat di UM selama hampir 30 tahun.

PENDIDIKAN

Beliau mendapat pendidikan awal secara tidak formal oleh bapanya dengan mengenal alib, ba, ta dan juga abc. pengenalan huruf arab juga bermula daripada membaca muqaddam. sebelum beliau berumur tujuh tahun, beliau bersekolah Jepun di Bandar Tinggi. kemudian sekolah Jepun tersebut diganti dengan sekolah Inggeris.

sebelum memasuki Universiti Malaya, beliau memasuki pra-universiti di English College dan barulah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya di Singapura yang merupakan satu-satunya universiti pada ketika itu. ketika zaman mahasiswanya, beliau pernah menjadi presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan pada masa yang sama beliau serentak menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), bendahari Persatuan Islam (PIUM), Setiausaha Agung Jawatankuasa Setiakawan GPMS, Persatuan Pelajar Universiti Malaya (UMSU) dan Persatuan Pelajar Universiti Nanyang (NUSU). beliau mempunyai B.A. Hons dan M.A. dari Universiti Malaya (UM) dan memperoleh Ph.D dari LSE. 

KERJAYA

Pada Mac 1963, beliau diterima menjadi penolong pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya setelah mendapat ijazah MA. kemudian melanjutkan pelajaran Ph.D. di London School of Economics and Political Science (LSE), University of London pada 1966. seterusnya beliau dilantik sebagai Professor dan Ketua Program Pembangunan Manusia di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Malaya selama tiga tahun dan kemudian ke Jabatan Antropologi dan Sosiologi sebagai Profesor dan Ketua. 

PENGLIBATAN DALAM POLITIK

Penglibatannyanya dalam politik dipengaruhi oleh oleh bapanya. Bapanya sering menyuruhnya untuk membaca surat khabar. antaranya ialah tentang perjuangan kemerdekaan kemerdekaan, pemberontakan komunis di Malaya, rusuhan Natrah di Singapura, Perang Korea dan pilihan raya presiden di AS antara Truman dengan Dewey.

semasa di sekolah, beliau mengikuti beberapa kegiatan persatuan Pelajar Batu Pahat yang menjadi cawangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

ketika beliau memasuki Universiti Malaya di Singapura, beliau sering mengikuti aktiviti-aktiviti Kelab Sosialis. tetapi pada ketika itu beliau lebih aktif dalam persatuan Melayu seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Mula memandang penting tentang gerakan kiri dan bukan kemerdekaan sahaja setelah bercampur dengan orang-orang kiri, ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin persatuan.

ketika melawat ke ibu pejabat Parti Rakyat, secara kebetulan terjumpa tiga tokoh penting iaitu Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad dan Dr. Burhanuddin al- Helmy. beliau memberitahu bahawa sebagai seorang mahasiswa tidak sepatutnya hanya belajar sahaja, perlu juga mengambil berat tentang soal rakyat. 

Syed Husin Ali dicalonkan sebagai timbalan presiden PKR ketika beliau berusia 73 tahun. Pencalonan beliau itu dicadangkan oleh Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh ketua PAS negeri dan ahli exco Hasan Ali.

Pada 1990, beliau diminta untuk meletakkan jawatannya sebagai Profesor Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaya kerana melanggar undang-undang yang melarangnya sebagai kakitangan universiti daripada menyertai politik secara aktif. 

Similar Posts

  • Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

    LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN : Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan anak jati Negeri Perak yang dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan di High School Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England pada tahun 1963. Kemudian, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura pada…

  • Harun Aminurrashid

      LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN  Nama sebenar beliau ialah Harun bin Mohd Amin. Beliau dilahirkan pada 8 hari bulan Ogos 1907 di Kampung Telok Kurau, Singapura. Beliau juga menggunakan nama pena yang lain seperti Har, Gustam Negara, Atma Jiwa dan Si Ketuit. Sejak kecil lagi Harun amat gemar membaca dan ini akhirnya mendorong beliau untuk mengarang. Novel…

  • Haji Said Ibrahim

    Haji Said Ibrahim     Haji Said Ibrahim Latar belakang Allahyarham Haji Said Bin Haji Ibrahim merupakan seorang ulama Nusantara yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu fiqh khususnya di negara ini. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku, kertas kerja dan artikel yang sebahagian besarnya merupakan hasil karya fiqh. Ketokohan dan…

  • Datuk Zainal Abidin Wahid

    LATAR BELAKANG Allahyarham Datuk Zainal Abidin merupakan tokoh sejarawan negara yang banyak memberi sumbangan dalam bidang Sejarah. Beliau dilahirkan pada 14 Mei 1933 dan merupakan seorang pejuang Bahasa Melayu, Ahli Jawatankuasa Pengasas UKM dan tokoh sejarah tanah air. Anak jati Teluk Intan Perak ini bersama-sama beberapa orang rakan seperjuangannya iaitu Prof. Tengku Shamsul Baharin, Prof….

  • Ahmad Nikmat Harun

    Ahmad Nikmat Harun     Latar belakangAllahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika…

  • J.V. D’CRUZ

      Profesor J.V. D’Cruz menyertai UKM sebagai cendekiawan pelawat selama tiga bulan pada tahun 1996, dan kemudiannya, sebagai Profesor tambahan di Fakulti Pengajian Bahasa UKM dari 1999 hingga 2001. Semasa berada di UKM, beliau berjaya membantu 10 tenaga pengajar UKM untuk menerbitkan buku mereka. Beliau menyertai Dr. Supyan Hussin, bersama-sama dengan Assoc Prof Dr Noreiny…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *