KOLEKSI

Koleksi ini boleh dirujuk dan dipinjam keluar oleh pelanggan dengan kelayakan pinjaman berdasarkan kategori masing-masing. Koleksi ini menempatkan bahan pelbagai bidang pengajian Alam dan Tamadun Melayu. Di antara bahan yang ditempatkan di dalam Koleksi Am adalah Koleksi Anugerah Sastera, bahan Folio (kbb :buku bersaiz besar) dan buku-buku hadiah sumbangan semasa ahli akademik dan warga UKM.
Merupakan koleksi Melayu dari seluruh nusantara dan dunia Melayu-Polinesia termasuk Koleksi Melayu Sri Lanka, Afrika Selatan, Koleksi Bahasa Melayu Surinam, bahan nadir dalam bahasa Belanda (maklumat berkaitan bahasa dan masyarakat Melayu pada abad ke-16). Bilik yang menempatkan bahan koleksi Khas adalah di Aras 3, Perpustakaan ATMA.serta latihan ilmiah pelajar prasiswazah mengenai kesusasteraan Melayu daripada Jabatan Persuratan Melayu, UKM.
Koleksi yang mempunyai awalan "8 kbm" pada nombor panggilannya ini menempatkan bahan berkaitan bidang penyelidikan bahasa Melayu. Terdiri daripada pelbagai kategori bahan seperti buku, tesis, jurnal, seminar, risalah dan bahan rujukan. Koleksi kbm terdiri daripada: kbm berlabel merah jambu biru adalah berstatus pinjaman terhad. kbm berlabel biru adalah berstatus rujukan.
Koleksi Rujukan tidak boleh dipinjam keluar dan hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja. Koleksi ini merangkumi bahan berkenaan alam Melayu yang terdiri daripada atlas, kamus, ensiklopedia, direktori, bibliografi, indeks, abstrak dan buku panduan. Bahan yang terdapat di koleksi ini mempunyai awalan '8 ruj' pada nombor panggilannya.
Koleksi ini merupakan koleksi peribadi sumbangan dua orang mantan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan lima orang Felo Penyelidik. Bahan yang disumbangkan terdiri daripada buku, tesis dan bahan seminar berkaitan dengan pengajian Alam dan Melayu serta pelbagai bidang. Koleksi ini adalah: . Koleksi Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh (whwt) . Koleksi YB Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Prof. Dr. Awang Sariyan (aws) . Koleksi Prof. Emeritus Datuk Teo Kok Seong (teo) · Koleksi Datuk Tuan Haji Abdul Razak Hussin (arash) · Koleksi Prof. Madya Mohd Syukri Yeoh Abdullah (syuk) · Koleksi Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaludin (nhz) . Koleksi Prof. Madya Dr. Mohamad Nasrin Mohamad Nasir (mnn)
Koleksi ini mempunyai awalan '8 siri' pada nombor panggilannya, merangkumi bahan jurnal, majalah serta bahan terbitan dalam atau luar negara.
Koleksi ini menempatkan tesis dari universiti dalam dan luar negara mengenai beberapa bidang yang berkaitan serta latihan ilmiah pelajar prasiswazah mengenai kesusasteraan Melayu daripada Jabatan Persuratan Melayu, UKM.
Koleksi unik yang mengabadikan rakaman pengembaraan budayawan dan sejarawan, Allahyarham Halim Nasir (N.A. Halim) selama lebih tiga dekad dalam bidang fotografi, senibina, seni lukis, pakar perunding dan penulis tamu. Koleksi puluhan tahun ini daripada buku, jurnal, majalah, kertas kerja, pelan, gambar, slaid serta peta dalam bidang seni budaya dan seni bina Melayu.
Novel picisan dalam bahasa Sunda terbitan tahun 1969-1975 yang disifatkan sebagai kumpulan bahan dalam bahasa Sunda yang terbesar berada di luar tanah Sunda. Buku dalam koleksi ini pernah didaftarkan dalam Katalog Koleksi Melayu (dikompilasi oleh Perpustakaan ATMA, 1990) bersama karya dalam bahasa Indonesia yang lain.
Wiramanja adalah nama pena seorang budayawan dan karyawan, Encik Abdul Rahman bin Ahmad Hanafiah. Koleksi ini terdiri daripada 40 Koleksi Skrip Tan Sri P. Ramlee, cakera padat (lagu-lagu Melayu dan sedikit lagu luar negara), majalah, tesis dan buku-buku yang mengandungi karya peribadi beliau berupa antologi puisi dan drama yang sebahagiannya telah diterbitkan oleh RTM.
Merupakan koleksi karya Allahyarham Saad Shukri Haji Muda, yang merupakan seorang ahli politik, budayawan dan karyawan yang aktif di Kelantan pada tahun 1930an hingga 1960an. Koleksi ini terdiri daripada kamus dan ensiklopedia dalam bidang politik, budaya dan bahasa yang masih dalam bentuk taipskrip.