KOLEKSI

Pelbagai koleksi bahan yang terdapat untuk rujukan pelanggan perpustakaan.

Koleksi Am berada di Aras 3 PDAL. Terdiri dari bahan-bahan bacaan am untuk Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pergigian.
Koleksi Rujukan berada di Aras 3 PDAL bersebelahan ruang Koleksi Am bersama dengan bahan tanda merah. Bahan ini boleh dipinjam oleh pelanggan perpustakaan.
Koleksi Buku Teks terdapat di Aras 3 PDAL dan berada di Rak 38- Rak 40. Bahan ini boleh dipinjam oleh pelanggan perpustakaan.
Koleksi Latihan Ilmiah adalah hasil penulisan pelajar prasiswazah yang terdapat di Aras 3 PDAL. Bahan ini tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan.
Koleksi Bacaan Ringan adalah bahan seperti Novel, Cerpen, Buku Motivasi dan lain-lain. Bahan ni terdapat di Aras 2 PDAL bersebelahan Bilik Koleksi Arkib, Khas, Dokumen, dan Media.
Koleksi Tesis adalah hasil penulisan pelajar pascasiswazah UKM. Peminjaman adalah tidak dibenarkan, pelanggan cuma boleh membaca di hadapan kaunter perkhidmatan.
Koleksi Arkib, Khas, Dokumen & Media terletak di Aras 2 PDAL. Bahan ini boleh dipinjam oleh pelanggan perpustakaan.
Koleksi Buku Kebelakangan & Jurnal Kebelakangan terletak di Aras 1 PDAL. Koleksi ini boleh dipinjam oleh pelanggan perpustakaan.