TAKLIMAT TINDAKAN KECEMASAN PERUBATAN DI TEMPAT KERJA
Pengarah Pusat Kesihatan Universiti UKM telah menerima jemputan daripada pihak JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti Sains Kesihatan UKM (JKKP FSK) untuk berkongsi maklumat mengenai tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kes-kes kecemasan di dalam kampus terutama yang melibatkan pelajar.
Seperti diketahui bahawa FSK terletak di Kampus Jalan Raja Muda, secara logistiknya ia terletak jauh daripada PKU. Justeru taklimat tindakan kecemasan ini amat bersesuaian dan perlu diberikan kepada staf fakulti supaya pengetahuan tatacara pengurusan pelajar sakit dapat dilakukan dengan lebih baik dan berkesan.
PKU mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dekan dan seluruh pengurusan fakulti.



