PORTAL iDENGUE


PORTAL iDENGUE
Kaedah pelaporan maklumat denggi harian dan lokasi wabak aktif denggi melalui Portal iDengue ini lebih efisien berbanding dengan kaedah pelaporan yang dibuat secara mingguan di media cetak (surat khabar, majalah) dan media massa (tv dan radio) seperti yang diamalkan sebelum ini.
Kewujudan portal ini telah dapat meningkatkan kesedaran orang ramai dan komuniti setempat yang berada di kawasan wabak aktif denggi terlibat untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan seperti membersih kawasan persekitaran, mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada denggi.
Sila layari pautan ini https://idengue.mysa.gov.my/index.php atau imbas kod QR pada poster di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini kes denggi di kawasan anda.
Sumber: KKM