Bengkel ini merupakan anjuran Majlis AIDS malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia kepada beberapa IPT Lembah Klang bertempat di Colmar Tropicale Bukit Tinggi pada 18-21 April 2025.
UKM telah diwakili oleh staf dari PKU dan 2 orang pelajar. Matlamat bengkel ini adalah membangunkan modul intervensi yang menumpukan kepada pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif di kalangan pelajar IPT dalam mencegah dan mengurangkan jangkitan HIV/AIDS.





