LATIHAN BENCANA ALAM BSMM
Pada 23-25 Mei 2025 telah berlangsung perkhemahan Latihan Bencana Alam dengan kerjasama daripada 3 buah Universiti iaitu BSMM UKM, BSMM UiTM dan BSMM UPM. Program diadakan di Hutan Pendidikan Alam UKM dengan tema Wrath of The Earth.
Pelbagai slot pengisian telah diberikan oleh para jurulatih bertauliah. Seramai 150 orang pelajar dari ketiga-tiga universiti telah berjaya menghadiri program ini. Para pelajar didedahkan dengan tatacara pengurusan ketika menghadapi bencana.
















