PROGRAM HARI KESEDARAN KANSER UKM 2025

PKU dengan kerjasama rakan strategik PKD Hulu Langat, LPPKN Selangor dan NGO Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) telah mengadakan program ini pada 13 Ogos 2025 bertempat di DTAMS Bangi.
Pelbagai pengisian menarik telah disediakan iaitu:
1. Senamrobik
2. Ceramah bertajuk Kanser Kolorektal
3. Sesi perkongsian bersama cancer-survivor
4. Saringan kanser seperti pap smear, HPV DNA, hep B dan C, IFOBT, smokeanalyser, pemeriksaan klinikal payudara, temujanji mammogram
5. Demonstrasi CPR dan mesin AED
6. Demonstrasi pemeriksaan payudara kendiri
7. Suntikan vaksinasi Influenza kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas
8. Cabutan bertuah
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.