PROGRAM SARINGAN KESIHATAN DAN PENCARIAN LARGEST FOOTPRINT ON CANVAS
PKU meneruskan program saringan kesihatan kepada staf Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) pada 8 Oktober 2025. Pada masa yang sama, pencarian tapak kaki bagi cabaran Malaysia Book of Record Largest Footprint on Canvas diteruskan sehingga tarikh akhir pada pertengahan November nanti.
Sebagai makluman, cabaran MBOR ini bertujuan untuk mempromosikan kepentingan aktiviti fizikal dalam pencegahan penyakit diabetes dan penyakit metabolik.









