MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN KRISIS UKM : JEREBU – 09 SEPT 2026
Pendaftar UKM, Tn Hj Zanudin bin Mohd Daud, telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Krisis UKM: Jerebu pada 9 September 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar. Mesyuarat telah membincangkan krisis jerebu yang sedang melanda sebahagian besar kawasan di Malaysia dan impak terhadap pengurusan universiti pada masa kini. Jawatankuasa telah mengenalpasti ruang penambahbaikan terhadap garis panduan pengurusan jerebu sedia ada di UKM dan akan mengambil tindakan yang lebih menyeluruh untuk mengawal kesan negatif akibat daripada krisis jerebu ini. Turut hadir ke mesyuarat adalah wakil-wakil daripada Komunikasi UKM, Pusat Pengurusan Akademik, ROSH-UKM, HEPA dan Pusat Kesihatan Universiti.



