LAWATAN DARIPADA PUSAT DIGITAL HCTM & UKM BANGI BAGI PENGGUNAAN C-HEtS DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah menerima kunjungan daripada Pusat Teknologi Digital Kampus Kuala Lumpur serta Pusat Teknologi Digital UKM pada 15 September 2026. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan gunasama sistem maklumat hospital C-HEtS yang diguna di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), untuk digunapakai di PKU UKM.
Pelbagai aspek pelaksanaan telah dibincangkan demi merealisasikan visi pengurusan tertinggi UKM agar sistem maklumat pesakit dalam seluruh ekosistem kesihatan UKM diseragamkan di bawah satu sistem bersepadu. Beberapa siri perbincangan sedang dirancang agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan memenuhi keperluan pelanggan.






