Pusat Digital UKM Bangi telah mengemaskini aplikasi MyUKM dengan ciri Indeks Pencemaran Udara untuk kampus Bangi, Kuala Lumpur dan Cheras. Inisiatif Pusat Kesihatan Universiti serta kerjasama profesional dari Pusat Digital UKM Bangi ini adalah untuk memastikan agar warga UKM mendapat maklumat yang cepat dan tepat berkenaan dengan krisis jerebu yang melanda buat masa sekarang.
Indeks Pencemaran Udara ini dikemaskini setiap jam oleh Jabatan Alam Sekitar yang menggunakan Air Pollutant Index Management System (APIMS). Aplikasi MyUKM boleh dimuat turun / kemaskini untuk ciri terbaharu dari Apple Appstore dan Google Playstore bermula 30 Sept 2026.
