Dengan segala hormatnya, Kelab Kebajikan Petugas Perubatan dan Kesihatan Bangi (KKPPKB) dengan kerjasama Pusat Kesihatan UKM menjemput YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai Kursus Colour Analysis ”Discover Your Best Version”.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pemilihan warna yang bersesuaian dengan tona kulit, undertone, ciri fizikal serta personaliti seseorang yang secara tidak langsung dapat meningkatkan penampilan dan keyakinan diri.
Tarikh : 30 Oktober 2026
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Kesihatan UKM Bangi
Yuran penyertaan :
Warga UKM : RM 50.00
Bukan Warga : RM 60.00
Borang pendaftaran : https://forms.gle/eo5f5yNBTSAK7mJs5
