Nilai, 26 September – Pusat Kesihatan telah menganjurkan Aktiviti Bowling di The Bowlers, Mesamall Nilai sebagai salah satu program bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan kakitangan.
Aktiviti santai ini bukan sekadar untuk beriadah, malah bertujuan memupuk semangat kerjasama berpasukan, mengurangkan tekanan kerja serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga Pusat Kesihatan. Lebih meriah apabila anak-anak kakitangan turut serta memeriahkan program.
Pihak pengurusan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus menguatkan semangat kerja sepasukan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada warga kampus.
Kerja kuat, ukhuwah erat!







