Frequently Asked Question / Soalan Lazim

Waktu Rawatan pada hari Isnin hingga Jumaat adalah dari jam 8.00pg - 4.45ptg. Waktu Rehat pada hari Isnin hingga Khamis - 12.45tgh - 2.00ptg manakala hari Jumaat adalah daripada jam 12.15tgh - 2.45ptg. Hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum adalah ditutup.
Ini adalah kerana untuk menyelesaikan perkhidmatan pesakit yang sedia ada dan persedian untuk menutup premis.
Antara perkhidmatan lain adalah Klinik Berhenti Merokok, Klinik NCD untuk penyakit kronik, Klinik Lawatan Pakar Diet dan Pakar Sakit Puan.
Status pelajar tidak mendaftar, pelajar yang menangguhkan pengajian atas sebab bukan masalah kesihatan, pelajar yang digantung pengajian dan pelajar yang telah menamatkan pengajian.
Boleh, tetapi anda akan dikenakan bayaran konsultasi, pemeriksaan dan ubat-ubatan.
Tiada. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut di Klinik Kesihatan berdekatan atau di klinik panel.
Tiada. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut di Klinik Kesihatan berdekatan atau di klinik panel.
Tidak boleh. Anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk konsultasi dan pemeriksaan susulan sebelum diberikan preskripsi ubat.
Anda boleh hadir ke kaunter Unit Perubatan untuk mendapatkan tarikh baru atau menghubungi kaunter di talian 03-89214510.
Boleh, tetapi anak yang berumur 21 tahun ke atas dan ibu bapa akan dikenakan bayaran.
Wakil perlu hadir ke Pusat Kesihatan Universiti dan memberikan maklumat lengkap tentang pesakit (Nama pesakit, no. matrik, nama hospital dan masalah pesakit)
Bagi pelajar di Kampus Cheras boleh mendapatkan surat jaminan daripada dekan fakulti atau Kaunter Unit Hasil di lobi utama HCTM atau Klinik Warga HCTM. Bagi pelajar di Kampus Kuala Lumpur boleh mendapatkan surat jaminan daripada dekan fakulti sahaja.
Anda perlu mendapatkan surat rujukan dari Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti terlebih dahulu. Tarikh temujanji akan diberikan.
Pusat Kesihatan Universiti menyediakan Klinik Lawatan Pakar Diet dan Pakar Sakit Puan.
Tidak, rawatan adalah secara percuma.
Anda boleh datang sendiri ke Unit Pergigian PKU atau dengan menghubungi talian 03 89215283/3688 untuk mendapatkan tarikh temujanji. Kes-kes kecemasan akan dilihat terus oleh doktor pergigian tanpa temujanji.
Pelajar atau kakitangan UKM perlu membawa kad matrik atau kad pekerja bagi kes baru atau kad temujanji untuk kes ulangan/temujanji.
Rawatan adalah percuma bagi pelajar dan kakitangan UKM serta tanggungan yang layak sahaja. Bagi pelajar/kakitangan dari beberapa Pusat/Institut tertentu akan dikenakan bayaran.
Tidak boleh. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut di Klinik Kesihatan berdekatan atau di klinik panel.
Tempoh untuk rawatan pergigian bergantung kepada jenis prosedur yang dijalankan.
Sila hadir sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa temujanji.Temujanji anda mungkin perlu ditukarkan jika anda lewat atau jika pesakit untuk temujanji yang seterusnya telah berada di klinik. Sekiranya anda ingin menukar atau membatalkan temujanji sila hubungi talian 03 89215283/3688.
Tiada. Anda boleh mendapatkan rawatan tersebut di klinik pergigian swasta.
Tiada. Anda boleh mendapatkan rawatan tersebut di klinik pergigian swasta.
Anda dinasihatkan berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan atau mengikut tahap kesihatan gigi anda.
Anda perlu mendapatkan temujanji di kaunter pergigian untuk berjumpa doktor gigi. Doktor gigi akan menentukan kesesuaian kes dan temujanji akan diberikan.
Perkhidmatan yang disediakan adalah membuat dan membaiki gigi palsu.
Jangkamasa untuk menyiapkan gigi palsu adalah 6 – 8 minggu.
Jangkamasa untuk membaiki gigi palsu adalah 2-3 hari bergantung kepada kerosakan.
Waktu perkhidmatan Unit Kecemasan adalah daripada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam dari hari Isnin hingga Jumaat, dan hari Sabtu & Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 1.00tgh hari. Cuti umum ditutup.
Ya. Unit Kecemasan Pusat Kesihatan Universiti beroperasi 24 jam sehari. Selepas waktu perkhidmatan, terdapat perkhidmatan rawatan atas-panggilan (oncall) yang disediakan untuk warga kampus dari jam 10.00 malam sehingga 8.00 pagi keesokkannya. Sila rujuk http://www.ukm.my/pusatkesihatan/jadual_oncall_bulanan/ untuk maklumat lanjut.
Boleh, ini kerana Unit Kecemasan Pusat Kesihatan Universiti menyediakan perkhidmatan rawatan atas-panggilan (oncall). Sila rujuk jadual tugasan atas-panggilan (oncall) di http://www.ukm.my/pusatkesihatan/jadual_oncall_bulanan/ untuk maklumat lanjut.
Anda boleh hubungi Pegawai Perubatan (Oncall) di talian 012-648 5541 atau Paramedik (Oncall) di talian 012-648 5542.
Antaranya adalah sesak nafas (asma), sakit dada (sakit jantung), sawan, kemalangan, tidak sedarkan diri, demam panas (melebihi 38.5 'C) , alahan yang teruk dan gigitan haiwan berbisa.
Tidak boleh. Ini adalah kerana kuantiti kerusi roda di Pusat Kesihatan Universiti adalah terhad.
Anda boleh mendapatkan rawatan di Poliklinik Kesihatan UKM selepas jam 10.00mlm pada hari Isnin hingga Jumaat dan selepas jam 1.00tgh hari pada hari Sabtu & Ahad.
Ya. Anda boleh menghubungi pasukan perkhidmatan rawatan atas-panggilan (oncall) dan sila ikuti arahan seterusnya dari pegawai perubatan yang bertugas.
Farmasi menghadkan jumlah bekalan maksimum 3 bulan sahaja, bergantung kepada bekalan stok ubat semasa.
Tidak boleh, kecuali ubat ulangan yang disertakan dengan preskripsi ulangan.
Tiada. Pesakit atau waris perlu datang ke Pusat Kesihatan Universiti untuk mendapatkan bekalan ubat.
Tidak boleh. Anda perlu berjumpa Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti terlebih dahulu.
Bayaran akan dikenakan kepada PTj, manakala untuk kegunaan aktiviti pelajar adalah percuma dengan permohonan kepada Pengarah Pusat Kesihatan Universiti. Permohonan untuk kegunaan peribadi tidak disediakan.
Sila bawa bekalan ubat berkenaan dan masukkan ke dalam kotak pemulangan ubat yang telah disediakan.
Bergantung kepada jenis ujian darah yang hendak dilakukan dan perlu mendapatkan konsultasi daripada Pegawai Perubatan terlebih dahulu.
Anda perlu mendapatkan konsultasi dari Pegawai Perubatan terlebih dahulu. Bayaran tidak dikenakan jika ujian darah tersebut berkaitan dengan masalah semasa yang dihadapi. Anda masih boleh membuat ujian darah jika atas permintaan sendiri tetapi akan dikenakan bayaran bergantung kepada jenis ujian darah yang hendak dilakukan.
Boleh. Anda perlu berjumpa Pegawai Perubatan terlebih dahulu. Bayaran akan dikenakan untuk tanggungan anak yang berumur 21 tahun keatas dan ibu bapa.
Ujian darah yang dihantar ke makmal luar memerlukan 3 hari waktu bekerja manakala ujian darah yang dilakukan di makmal perubatan Pusat Kesihatan Universiti mengambil masa antara 15 hingga 30 minit.
Pemeriksaan X-ray adalah percuma untuk tujuan rawatan manakala bayaran dikenakan untuk pemeriksaan kesihatan.
Sesetengah pemeriksaan X-ray memerlukan pesakit menukar pakaian. Ini kerana pakaian yang mempunyai zip, manik dan butang boleh mengganggu keputusan X-ray.
Unit Kesihatan Awam berperanan melakukan aktiviti pengawalan penyakit berjangkit serta keselamatan dan kualiti makanan di dalam kampus UKM.
Menjalankan pemeriksaan rutin berjadual setiap bulan tempat pembiakan jentik-jentik di semua kolej kediaman & fakulti, menjalankan aktiviti semburan kabus berjadual dan segera dan menjalankan siasatan kes denggi di dalam kampus UKM.
Pemeriksaan dijalankan sebulan sekali di semua kolej kediaman dan fakulti mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Semburan kabus (fogging) rutin dijalankan 2 kali setahun manakala semburan kabus (fogging) segera akan dilakukan sekiranya terdapat kes denggi di dalam kampus.
Boleh, tetapi semburan kabus (Fogging) akan dilakukan bergantung kepada siasatan dan pemeriksaan keadaan persekitaran kolej kediaman.
Siasatan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam waktu bekerja selepas menerima kes. Sekiranya tempat kes didapati positif pembiakan, semburan kabus akan dilaksanakan dengan segera.
Anda boleh membuat aduan kepada Pusat Kesihatan Universiti melalui sistem e-fact atau menghantar surat kepada Pengarah Pusat Kesihatan.
Pemeriksaan dijalankan sebulan sekali di semua kolej kediaman dan fakulti.
Anda boleh membuat aduan kepada Pusat Kesihatan Universiti melalui sistem e-fact atau menghantar surat kepada Pengarah Pusat Kesihatan.
Kaedah pembayaran yang diterima adalah melalui kad debit atau e-wallet sahaja. Pembayaran melalui wang tunai tidak diterima.
Caj bayaran untuk Pemeriksaan Kesihatan bergantung kepada keperluan ujian yang diminta.
Boleh. Ia akan dikenakan caj sebanyak RM60 dan mengambil masa 3 hari bekerja.