Pusat Kesihatan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

KERJASAMA STRATEGIK DI BAWAH MAJLIS KESIHATAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MAKESUM)

 

KERJASAMA STRATEGIK DI BAWAH MAJLIS KESIHATAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MAKESUM).

 

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UKM telah menganggotai majlis bersama yang dianggotai oleh kesemua pusat kesihatan dari 22 Universiti Awam (UA) lain yang terdapat di Malaysia.

Majlis ini yang dikenali sebagai Majlis Kesihatan Universiti Awam Malaysia (MAKESUM) menghimpunkan kesemua wakil universiti awam yang bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan semua warga universiti termasuk pelajar dan kakitangan.

MAKESUM bersidang sebanyak 3 kali setahun , dan dipengerusikan secara bertempoh oleh Timbalan Naib Chancelor , Hal Ehwal Pelajar, UA yang yang dilantik secara bergilir setiap 2 tahun. Sakreteriat Majlis ini juga dilantik secara bergilir dan kini digalas oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Pengarah PKU UKM, DR Mohd Azman Abas adalah wakil UKM dalam majlis tersebut.

MAKESUM adalah merupakan platform terbaik bagi semua Universiti Awam ini berkongsi kepakaran, pengalaman dan strategi dalam menangani isu-isu kesihatan yang melibatkan warga universiti. Polisi-polisi kesihatan seperti kesihatan mental, kesihatan seksualiti dan reproduktif, kesihatan awam seperti penyakit berjangkit dibincangkan secara terperinci di bawah majlis ini.

Diharapkan Kerjasama strategik ini dapat dikekalkan dan MAKESUM menjadi badan rujukan bagi isu isu kesihatan bagi memastikan universiti sentiasa memelihara kesejahteraan dan kesihatan warganya selari dengan sasaran dan indikator yang digariskan di dalam Sustainability Developmental Goal-3 (SDG3).

 

 

Translate »