Pusat Kesihatan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

KOLABORASI TEMPATAN BERSAMA PKD HULU LANGAT

Jaringan kerjasama pemeriksaan kesihatan pesakit positif Covid-19 kluster KPZ oleh pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Pusat Kesihatan UKM di perkarangan blok G Kolej Pendeta Zaaba. Terima kasih diucapkan kerana pihak PKD HL sanggup datang ke UKM bagi memudahkan pergerakan pelajar-pelajar yang dijangkiti Covid-19.

 

Pegawai Perubatan dan paramedik PKU UKM bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat membuat ujian saringan Covid-19 RT-PCR kepada para pelajar yang menjadi kontak rapat kepada Kluster Kolej Pendeta (KPZ) pada 8 Jun 2021 di Dewan KPZ. Seramai 900 orang pelajar menjalani ujian saringan RT-PCR ini. Pihak PKU UKM mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama ini.

 

Translate ยป