๐—ฆ๐—œ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐— ๐—œ๐—” ๐— ๐—ฅ๐—ž๐—ž๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ, ๐—™๐—ž๐—”๐—•, ๐—จ๐—ž๐— 
Telah berlangsung dengan jayanya program Simulasi / Drill Tindakan Kecemasan Tumpahan Bahan Kimia sempena Minggu Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MRKKP) 2026 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Simulasi ini dikendalikan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT), Bomba, Pusat Kesihatan UKM (PKU) & Unit Keselamatan UKM bagi meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan warga universiti dalam menghadapi insiden kecemasan melibatkan tumpahan bahan kimia. Program ini turut memberikan pendedahan tentang prosedur tindak balas kecemasan, kepentingan pematuhan langkah keselamatan serta tindakan yang sewajarnya bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.