28 SEPT 2026 : NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PKU

 

Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditutup sementara mulai 28 September 2026 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sepanjang tempoh penutupan, hanya Perkhidmatan Kecemasan akan beroperasi seperti biasa bagi mengendalikan kes-kes kecemasan sahaja.

MAKLUMAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN

Perkhidmatan Pergigian PKU UKM turut ditutup dan hanya akan kembali beroperasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Segala temujanji rawatan pergigian sepanjang tempoh penutupan akan ditunda dan dijadualkan semula. Tarikh dan masa temujanji baharu akan dimaklumkan kepada pesakit kemudian.

MAKLUMAN RAWATAN PESAKIT LUAR

Bagi pelajar UKM yang memerlukan rawatan klinik pesakit luar sepanjang tempoh penutupan, perkhidmatan rawatan boleh diperoleh di Poliklinik UKM Medicare, Seksyen 15.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama serta kefahaman seluruh warga UKM.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)