AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI PENGURUSAN PENGAJARAN PERKHIDMATAN (SPK PPP) 2024

Alhamdulillah PKU telah selesai menjalani Audit Pensijilan Semula SPK PPP 2024 pada hari Jumaat 22 Mac yang lalu. Audit dilakukan oleh Puan Nor Hana Roshidah daripada SIRIM QAS International. Tiada penemuan ketidakakuran ditemui pada audit kali ini.
Pihak PKU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak auditor dan Pusat Jaminan Kualiti UKM serta ucapan syabas kepada semua kakitangan PKU kerana berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang.