BEDAH CPG BIL 1/2025 20 JANUARI 2025
Kakitangan klinikal PKU yang terdiri daripada Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat telah hadir ke program Bedah CPG PKU bil 1/2025 pada 20 Januari pada jam 1.00-2.00 petang. Tajuk yang dibincangkan adalah Demam Denggi.
Program ini akan diadakan setiap 2 bulan. Objektif utama program adalah supaya kakitangan klinikal mempunyai pengetahuan terkini mengenai tatacara pengurusan dan perawatan pesakit berdasarkan buku panduan Clinical Practice Guideline (CPG) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



