BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL PROGRAM KESIHATAN ANAK MUDA IPT (KAMI)
Bengkel ini merupakan anjuran Majlis AIDS malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia kepada beberapa IPT Lembah Klang bertempat di Colmar Tropicale Bukit Tinggi pada 18-21 April 2025.
UKM telah diwakili oleh staf dari PKU dan 2 orang pelajar. Matlamat bengkel ini adalah membangunkan modul intervensi yang menumpukan kepada pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif di kalangan pelajar IPT dalam mencegah dan mengurangkan jangkitan HIV/AIDS.






