Bengkel Penilaian Kendiri SPK PPP PKU UKM 2026
PKU telah menganjurkan Bengkel Penilaian Kendiri SPK PPP PKU UKM 2026 pada 22 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PKU. En Norhishah Bin Elias (Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat. Bengkel yang disertai oleh kumpulan Pengurusan dan Profesional (PnP) bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pengoperasian Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian & Perkhidmatan (SPK PPP) UKM, konsep dan panduan pelaksanaan penilaian kendiri serta kefahaman mengenai keperluan piawaian MS ISO9001:2015.


