Bengkel Persediaan Peer Educator bagi Program Kesihatan Anak Muda IPT (KAMI)
Bengkel Persediaan Peer Educator bagi Program Kesihatan Anak Muda IPT (KAMI) telah diadakan pada 15-17 Oktober bertempat di Impian Rimba, Hulu Selangor. Bengkel ini dianjurkan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia kepada para pelajar universiti.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada persediaan rakan sebaya yang lebih menyeluruh merangkumi:
* Peranan & Tanggungjawab sebagai seorang Peer Educator berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif.
* Pengetahuan asas kesihatan (HIV, STI, PrEP, PEP, HIVST).
* Etika dalam menjalankan tugas sebagai peer.
* Pengenalan kepada inisiatif Protect Now & Test Now yang merupakan program saringan kesihatan seksual.
* Capaian kepada perkhidmatan kesihatan seksual sedia ada.
* Kemahiran Komunikasi Berkesan.
Seramai seorang staf penyelaras daripada PKU dan 5 pelajar UKM telah hadir ke bengkel ini dan akan merangka program berkaitan kesihatan seksual di dalam kampus pada masa akan datang.








