Ceramah COVID-19 : Apa Yang Anda Perlu Tahu di Jabatan Bendahari UKM

06 Mac 2020 (Jumaat)

Ketua Pusat Kesihatan Universiti Dr. Mohd Azman Abas menyampaikan ceramah berkenaan dengan penularan wabak COVID-19 kepada kakitangan di Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori UKM Bangi. Ceramah ini adalah untuk memberikan panduan serta menghuraikan persoalan di kalangan kakitangan yang bertugas.

Disamping itu juga, kakitangan yang hadir ke ceramah ini dapat menjalankan pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan nasihat kesihatan daripada paramedik yang bertugas.