DEMONSTRASI CPR DAN AED
Pusat Kesihatan Universiti dan pelajar Sarjana Muda Perubatan Kecemasan Fakulti Perubatan UKM telah membuka booth demonstrasi CPR dan AED di program Langkah 5.5km Jubli Zamrud UKM pada 27 Mei 2025 bertempat di Dataran Panggung Seni.
Sambutan sangat menggalakkan dikalangan warga UKM yang ingin belajar cara melakukan CPR dan menggunakan mesin AED yang betul.







