JELAJAH KESIHATAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM (BSMM CUKM) 1.0
Program ini telah berlangsung kepada detachment BSMM di Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) pada 23 Oktober 2025. Antara pengisian program adalah ceramah kesihatan bertajuk ‘Kemurungan di Kalangan Pelajar Universiti’ yang disampaikan oleh Dr Mohd Saiful, Pegawai Perubatan PKU merangkap Naib Pengerusi BSMM.
Pengisian lain adalah peluang penyertaan Malaysia Book of Record ‘Largest Footprint on Canvas’ yang menjadi simbolik kepada mempromosikan kepentingan aktiviti fizikal dan pencegahan penyakit diabetes dan metabolik.









