JELAJAH KESIHATAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM (BSMM CUKM) 4.0
Program ini telah berlangsung kepada detachment dan pelajar BSMM di Kolej Rahim Kajai (KRK) pada 25 Oktober 2025. Antara pengisian program adalah ceramah kesihatan bertajuk ‘Burnout vs Balance: Hidup Biar Seimbang’ yang disampaikan oleh Dr Mohd Najid B Nangin, Pegawai Perubatan PKU merangkap AJKT BSMM.
Pengisian lain adalah peluang penyertaan Malaysia Book of Record ‘Largest Footprint on Canvas’ yang menjadi simbolik kepada mempromosikan kepentingan aktiviti fizikal dan pencegahan penyakit diabetes dan metabolik.








