KHIDMAT MASYARAKAT BSMM CABANG UKM KE SABAH

BSMM UKM telah bekerjasama dengan BSMM UiTM Sabah dan BSMM UiTM Shah Alam melaksanakan program khidmat masyarakat ke Pusat Jagaan Anak Yatim & Asnaf Kampung Silad, Ranau Sabah pada 12-15 September 2025. Seramai 13 orang pelajar dan 2 pegawai telah menghadiri program ini.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:
1. Pemeriksaan kesihatan, kutu dan kulit
2. Demonstrasi gosok gigi
3. Penanaman pokok
4. Aktiviti mewarna
5. Aktiviti melukis mural
6. Demonstrasi pertolongan cemas/balutan
7. Mengemaskini perpustakaan mini
8. Pemberian sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas
Semoga kerjasama ini kekal terjalin dan para pelajar memperoleh manfaat berguna daripada program khidmat masyarakat ini.