KOLABORASI SELAKU PENASIHAT KESIHATAN BAGI PROGRAM FITTER THAN YESTERDAY 4.0 (FTY 4.0) FST
Dr Arif Nasar b Sulaiman, Pegawai Perubatan PKU merangkap Timbalan Pengarah PKU telah dilantik selaku penasihat kesihatan bagi program ini yang dianjurkan oleh Fakulti Sains & Teknologi UKM bermula 14 Februari hingga 14 Mei 2025. Ia merupakan sebuah program kesihatan dan kecergasan yang direka untuk meningkatkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal dan kesedaran kesihatan.
Pengisian aktiviti adalah termasuk memberikan ceramah kesihatan melalui program Sembang FTY dengan tajuk Sihat Sepanjang Hayat pada 7 Mac 2025 secara online.