“Koleksi Tapak Kaki Manusia Terbanyak di Atas Satu Kanvas Kapas”

Percubaan PKU UKM ntuk memecahkan ‘Malaysia Book of Records’ ini yang bertujuan untuk mempromosikan kepentingan aktiviti fizikal dalam pencegahan penyakit diabetes dan penyakit metabolik dengan mengumpulkan 10,000 tapak kaki manusia di atas satu kanvas kapas sebagai simbolik 10,000 langkah sehari yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Angka ini mencerminkan saranan global untuk berjalan 10,000 langkah sehari bagi meningkatkan dan mengekalkan kesihatan metabolik.