Kunjungan Hormat KESUKMA ke Pusat Kesihatan Universiti 13 Mac 2025
Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA) telah mengadakan kunjungan hormat ke PKU pada 13 Mac 2025. Dalam sesi ini, delegasi KESUKMA diketuai oleh Encik Barudin bin Baharin, Timbalan Presiden dan disambut oleh Dr. Masdalina Azhari, Pengarah PKU.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin hubungan lebih erat antara KESUKMA dan PKU, mendapatkan maklumat secara menyeluruh terhadap perkhidmatan serta perancangan strategik dalam merancang program-program kesihatan untuk Warga UKM.
Hadir sama dalam sesi ini adalah En. Mahyudin Darus, Ketua Pentadbiran PKU, Pn. Siti Zaida Setiausaha, Cik Jaziha Bendahari, barisan AMJK KESUKMA En. Farid, En. Jeffri, En. Syafry dan En. Asyraf. Semoga perancangan program dapat dilakukan dengan jayanya.