KURSUS PENGENDALIAN RANGKAIAN SEJUK PKU

Ajk Unit Perkhidmatan Vaksin PKU telah menganjurkan kursus ini atau lebih dikenali sebagai Cold Chain kepada staf PKU pada 24 April 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat PKU.
Kursus diberikan oleh Ketua Jururawat PKD Hulu Langat iaitu Puan Shahira Zawanah, Puan Ummi Kalsom selaku Jururawat Terlatih dari KKIA Sg Chua serta Cik Yue Yoke Xin selaku Pegawai Farmasi PKD Hulu Langat.
Kursus sebegini amat penting agar staf PKU yang menguruskan vaksin dan ubatan tertentu sentiasa dapat meningkatkan pengetahuan dan amalan mengikut standar operasi pengendalian rangkaian sejuk ini untuk menjamin kualiti dan keselamatan produk sepanjang rantaian bekalan.