LATIHAN MASS CASUALTY INSIDENT 20 FEBRUARI 2025

Satu latihan pengurusan bencana telah diadakan di PKU dan Stadium UKM pada 20 Februari 2025. Latihan ini dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan HCTM yang diketuai oleh Prof. Ismail b Saibon yang melibatkan pelajar Sarjana Perubatan Kecemasan, pelajar kejururawatan dan penolong pegawai perubatan, Fakulti Perubatan UKM.
Pemilihan tempat latihan di PKU adalah sangat tepat sebagai salah satu langkah pihak staf PKU mempelajari selok-belok pengurusan bencana yang melibatkan ramai mangsa. Perancangan yang akan datang adalah untuk melakukan latihan bencana begini yang akan melibatkan semua staf PKU dan PTj-PTj berkaitan di Kampus Bangi.