Latihan Menangani Kecemasan di Tempat Kerja
Latihan Menangani Kecemasan di Tempat Kerja: Strok / Sawan / CPR / Choking / Hilang Kesedaran
Dr Mohd Najid, Pegawai Perubatan UKM telah menyampaikan latihan berikut kepada kakitangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Fakulti Pendidikan pada 29 Oktober 2025.
Latihan ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada petugas PPDK mengenai tanda-tanda awal strok, sawan, sesak nafas (choking), dan keadaan kehilangan kesedaran. Selain itu, latihan ini juga melatih petugas dengan teknik asas seperti CPR, kaedah Heimlich untuk choking, serta langkah segera ketika berlaku sawan atau strok. Melalui latihan ini, peserta iaitu petugas PPDK diharap dapat bertindak dengan pantas, tenang dan sistematik apabila berlaku kecemasan bagi mengurangkan risiko kematian atau kecederaan serius. Program ini juga memberi penekanan terhadap intervensi awal yang betul sebelum bantuan perubatan profesional tiba, sekali gus meningkatkan peluang pemulihan mangsa.






