LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA PKU UPNM

Pihak PKU UKM berbesar hati menerima lawatan daripada PKU UPNM pada hari Jumaat, 23 Februari yang lepas.
Lawatan ini menfokuskan beberapa perkara seperti pengendalian pengurusan stor ubatan, melihat dan meninjau suasana tempat kerja dan ruang yang digunakan di dalam stor, mempelajari dengan lebih terperinci berkenaan tadbir urus dokumen dengan lebih tepat dan mantap serta pendedahan berkenaan prosedur khas dalam pengendalian stok bagi meningkatkan prestasi, produktiviti dan kualiti serta mengurangkan risiko kerugian kepada universiti.
Semoga ukhwah yang terjalin antara staf PKU UKM dan UPNM akan kekal selama-lamanya. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.