MAJLIS PERSARAAN PUAN JUNAINA HASHIM
Hari ini PKU akan kehilangan seorang lagi kakitangan yang amat disayangi. Kak Junaina akan bersara mulai esok. Beliau merupakan sosok yang sangat lemah lembut dan menyenangkan serta sangat kompeten melakukan urusan perolehan ubat di PKU.
Kami doakan agar Kak Junaina sentiasa sihat dan bahagia melayari hari-hari bersara nanti. Jangan lupakan kami di sini.