MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR (PERUBATAN) 2025
Pemakluman pemanjangan waktu perkhidmatan Pesakit Luar Pusat Kesihatan Universiti sehingga jam 7.00 malam akan bermula pada 1 Oktober 2025.
Perkhidmatan pada jam 5.00 – 7.00 petang yang terlibat adalah:
1. Unit Pesakit Luar bersama 2 orang Pegawai Perubatan.
2. Unit Farmasi.
3. Unit Kecemasan.
4. Unit Xray dan Unit Makmal Perubatan bergantung kepada kecukupan staf.
5. Perkhidmatan terbuka kepada warga UKM sahaja.
6. Sebarang pemeriksaan kesihatan berbayar tidak dibuka.
7. Perkhidmatan ditutup pada cuti umum.
8. Pesakit terakhir diterima pada jam 6.45 petang sebagai persediaan penutupan klinik.
Perkhidmatan Unit Kecemasan PKU kepada pelajar di kolej kediaman dalam dan luar kampus pada jam 8.00 – 10.00 malam bagi kes-kes kecemasan sahaja.
Pelajar hendaklah menghubungi Doktor Oncall bagi kes kecemasan selepas jam 10.00 malam di talian 012 6485541.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada emel Pengarah di pghpku@ukm.edu.my atau kaunter 03 89214510.
Terima kasih.
