PEMERIKSAAN KESIHATAN ATLET UKM
Staf PKU telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan ujian komposisi tubuh kepada atlet UKM bermula 14-18 April bertempat di Pusat Sukan UKM.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet serta mengurangkan risiko kecederaan kepada para atlet. Pemeriksaan merangkumi bacaan tekanan darah, BMI dan ujian komposisi tubuh.






