Pusat Kesihatan Universiti mengambil bahagian melakukan pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan BMI, tekanan darah, saringan gula dan kolesterol pada Hari Terbuka Jabatan Pendaftar yang berlangsung pada 3-4 Julai 2024.
Turut bersama adalah pemeriksaan ECG/ECHO dan konsultasi bersama pakar Kardiologi HCTM.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendaftar kerana berjaya mengadakan program yang sangat bermanfaat ini.


